Sabtu, 13 Ogos 2011

TRANSKRIP PENUH TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN ANTI MURTAD.


Pada hari semalam, Jumaat 12hb Ogos 2011 selepas solat Jumaat di Masjid Biru Shah Alam, satu perhimpunan aman Anti Murtad telah diadakan bagi menyokong usaha-usaha JAIS dan mana-mana pihak berkuasa Agama Negeri mengambil tindakan menyekat pengembangan apa-apa doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam seperti yang termaktub di dalam batasan Fasal 4 Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan yang dikuatkuasakan melalui pengubalan enakmen-enakmen sedemikian oleh Dewan Undangan Negeri-negeri yang berkaitan. Berikut adalah petikan-petikan penuh teks ucapan oleh tiga pemimpin Islam berlainan parti tapi satu suara dalam usaha menunjukkan sokongan dan ketidakpuashati majoriti umat Islam di negara ini dengan aktiviti-aktiviti memurtadkan orang Islam oleh kelompok-kelompok tertentu. 



lokmanjais
EXCO PEMUDA UMNO, LOKMAN NOOR ADAM:- 
Ada Yayasan Kristian dari Jerman yang dibawa masuk dan menjadi penaja utama kepada IFC (Suruhanjaya antara Agama) yang mengemukakan 14 tuntutan yang jelas bercanggah dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. Sebab itu kita berkumpul, untuk menyatakan pendirian kita bahawa mulai hari ini, kita tidak akan membiarkan agama kita terus dinodai.




gereja-ezam513Senator Ezam Mohd Nor:- Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka malaysiakini, Malaysian insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap. Malaysiakini dan Malaysian insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua ‘sampah’ ini, kami akan pergi dan 'bakar' kamu. Jelas, mereka adalah pengkhianat kepada umat Islam. 



zulnordinjais
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin:- Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil. Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan. Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar. Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita. Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.



untuk pembacaan penuh, sila ke pautan ini AGENDADAILY.

3 ulasan:

C L J berkata...

What do you do when cornered to the end of the wall ????

Jas Salleh berkata...

Have that ever happened?

Tanpa Nama berkata...

To be fair..other religion should do the same too.We are openly 'invited' to embrace Islam.so why the double standard?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...