Penduduk, Zarus Yusuf, 48, berkata, dia berasa kesal dengan tindakan itu di mana semua janji yang ditabur pemaju tidak ditunaikan.
“Pada mulanya, saya ditawarkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun saya terpaksa menolaknya kerana rumah itu bermasalah dan mereka telah menukarkan rumah di tingkat yang berlainan , namun sebelum kami dibenarkan masuk mereka berjanji untuk memperbaiki rumah terbabit, apa yang lebih mengecewakan sehingga sekarang tiada sebarang berita yang diterima.
“Bapa saya, Yusuf Husain, 76, juga dijanjikan pampasan sebuah rumah, walaupun dia (bapa) telah pergi untuk melihat rumah, sehingga sekarang sudah enam bulan masih belum ada berita yang menggembirakan,” katanya.
Menurutnya, surat guaman yang disampaikan kepada mereka bukan diberikan kepada mereka secara rasmi sebaliknya hanya diletakkan di hadapan pintu rumah. Baca selanjutnya di sini MATKILAUPENANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan