Sabtu, 13 Ogos 2011

PAS SAWAN LAGI BERCADANG MOHON INJUKSI SEKAT ROYALTI TERENGGANU.

ROYALTI DIDAHULUKAN TAUHID DIKETEPIKAN, slogan baru PAS dalam memperjuangkan dasar Negara Kebajikan yang diberikan jolokan oleh PAS sebagai langkah Tajdid Siyasi (Politik Baru) bagi memenuhi tuntutan Tahaluf Siyasi kononnya. Hambe berani katakan kedua-dua terma itu adalah lebih tepat dijenamakan semula kepada Tajdid Syaithonirojim dan Tahaluf Syaithonirojim. Dr Dzulkifly Ahmad menyelar tindakan mempertahankan akidah umat Islam atas alasan ianya bertentangan dengan semangat Rahmatan-Lil-'Alamin fahaman Sosialis Religus, tapi itu akan di kupas selepas entri ini. 




Entri ini secara ringkas akan membicarakan mengenai niat PAS Kelantan untuk memohon injuksi ke atas pembayaran Royalti kepada kerajaan negeri Terengganu atas alasan ianya amalan dwi-standar mengikut kefahaman PAS. Rakyat wajib tahu bahawa tindakan PAS ini benar-benar menggelikan hati. Dalam umat Islam menghadapi ancaman gerak kerja missionari aktif Sosialis Religus memurtadkan umat Islam di dalam bulan Ramadan melalui kerjasama ' Li-Ta'aruf' fahaman PAS; PAS Kelantan menyibukkan diri mereka dengan soal mendapatkan habuan duniawi. dan dalam Hj Hadi mahu memperjuangkan NEGARA KEBAJIKAN apa yang difahamkan olehnya sebagai Agenda Membetulkan Salah Urus Ekonomi berdasarkan kepada Fiqh Al-Awlawiyyat - Taqdim ahammu Minal Muhrim -'mendahulukan yang lebih penting dari yang penting. Nampaknya PAS berfahaman bahawa puak kelompok mereka adalah yang lebih penting dari yang penting manakala agenda pengembangan doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan umat Islam merupakan penzahiran politik Li-Ta'aruf (saling kenal mengenal sampai murtad) bagi membuktikan bahawa Islam ini adalah Dinur-Rahmatan-Lil-'Alamiin (Agama Rahmat bagi Seluruh Alam). 

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS dalam  NEGARA KEBAJIKAN sebagai wadah Tajdid Syaithonirojim melalu Tahaluf syaithonirojim . Tidak lama lagi kita bakal pula dimomokkan oleh PAS mengenai MEMPOLITIKKAN AGAMA mengikut fahaman SOSIALIS RELIGUS yakni kita perlu berpolitik secara religus untuk memperjuangkan nilai-nilai sosialisma.





TEPUK DADA TANYA IMAN !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...