Sabtu, 13 Ogos 2011

PEMBALUNAN KHAS KEPADA MALIK ITIK KASIM. SIRI DUA.

Pembalunan seterusnya kepada mangkuk hayun Malik itik Kasim yang makan gaji & elaun buta sebagai EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM Pulau Pinang. Malik Itik Kasim telah cuba menyembunyikan kesilapan dan kesalahan dirinya sendiri.  Menurut seksyen 48 Tatacara Pembuatan Fatwa di dalam Enakmen Pentadbiran Agaam Islam [PP] 2004, sesuatu FATWA itu wajiblah diperkenankan terlebih dahulu oleh YDPA dan kemudiannya diwartakan barulah ianya berkuatkuasa. Ianya tidak berkuatkuasa hanya kerana disahkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, jelaslah bahawa pentadbiran negeri Pulau Pinang telah melanggar dan campurtangan dalam Fatwa ini apabila Malik Itik menyatakan seperti di bawah ini:-
Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.
Apakah maksud Malik itik 'menghormati'? Tidakkah ini bermakna bahawa FATWA tersebut tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam [PP] 2004 ( EPAI 2004) ? Manakah wartanya ? Adakah ianya sudah dirujukkan kepada YDPA untuk diperkenankan?
Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.
FATWA tersebut tidak boleh berkuatkuasa kerana ianya hanya disahkan dalam minit mesyuarat ini bercanggah dengan peruntukan seksyen 48 EPAI 2004. Malik itik tak tau ke ? Nampaknya begitulah. 
Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh 
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.
 Kenyataan paling lawak daripada Malik itik, penguatkuasaan mana-mana FATWA oleh Jawatankausa Fatwa Negeri tidak tertakluk kepada bidangkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Sosialisma Pulau Pinang tidak ada KUASA untuk memberikan sebarang arahan penguatkuasaan FATWA. Seksyen 48 EPAI sudah menjelaskannya. Sebaliknya, kerajaan Negeri yang tertakluk kepada FATWA Jawatankuasa Fatwa Negeri apabila ianya melalui prosedur kesahihan dan kuatkuasa seperti yang dinyatakan dalam seksyen 48 EPAI 2004.


Untuk pembacaan lebih lanjut sila klik ke pautan blog DR NOVANDRI mengenainya.


http://novandri.blogspot.com/2011/08/mesti-baca-muslihat-tekanan-cerita-di.html


Kesimpulannya, jelaslah Malik itik dan kerajaan sosialisma Pulau Pinang cuba 'merampas kuasa-kuasa' YDPA sebagai Ketua Agama Rasmi Pulau Pinang di bawah EPAI 2004. Isu ini merupakan CUBAAN KERAJAAN SOSIALISMA DAP DI PULAU PINANG mencabar KUASA-KUASA YDPA selaku KETUA RASMI ISLAM bagi Pulau Pinang. Malik itik dan pentadbiran Pulau Pinang TIDAK IKUT PROSEDUR EPAI 2004. Kan dah kantoi !


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...