Selasa, 28 Mei 2013

SPAD: PENAMBAHBAIKAN DALAM PERKHIDMATAN DARAT AWAM.

Tan Sri Syed Hamid Albar Pengerusi S.P.A.D.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau ringkasnya , S.P.A.D. lahir dari ilham mentransformasikan penganguktan awam darat. Suatu kesinambungan usaha dari pentadbiran Pak Lah. Dipersesuaikan oleh pentadbiran DS Najib menjadi suatu kenyataan. Tujuannya , tidak lain tidak bukan, sebagai tambah nilai perkhidmatan kepada rakyat di bawah GTP dan NKEA.

Pengerusi S.P.A.D yang pertama, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, "Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih dahsyat daripada ketika saya menjadi menteri! Yelah, pasal kita berurusan dengan orang awam secara direct.". Mengimbas kembali saat di panggil oleh DS Najib untuk memegang jawatan tersebut, Tan Sri Syed Hamid mengatakan beliau telah di beri amaran mengenai tugasan baru yang amat mencabar dan berprofil tinggi. Namun, beliau amat berpuashati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh S.P.A.D selama tiga tahun beliau menjadi Pengerusinya. 

Menceritakan cabaran yang beliau hadapi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, “Ramai betul “pakar” pengangkutan awam darat. Mereka bukan pakar sebenarnya, tetapi semua orang tahu berkenaan pengangkutan awam darat secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana ia mempunyai kesan kepada kehidupan rakyat. Jadi semua orang ada pendapat.

“Macam perkhidmatan Go-KL, pada kita, ia bagus.dan rakyat pun suka. Tetapi orang teksi pula mogok! Lepas itu ada masalah lori bawa lebih muatan, merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan.

“Ada pula NGO yang tanya mengapa kos di negeri China lebih murah dari kita? Pada kita, perbandingan itu mungkin tak logik. Tetapi pada dia logik. Siap guna statistik dan data. Tapi dia lupa di China ada berapa ramai penduduk? 1.7 billion. Jadi mereka boleh buat apa sahaja dengan kos yang murah kerana economics of scale. Tetapi kita kena terima juga benda-benda macam ini,” katanya.

Antara kejayaan S.P.A.D di bawah beliau ialah jajaran LRT diperpanjangkan dari Ampang ke Kelana Jaya, gerabak KTM bertambah dari empat kepada enam, monorel dan LRT dari dua kepada empat. Projek MRT yang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan beroperasi pada 2017 jika tiada aral melintang.

Kini 17%-18% rakyat memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan mereka. S.P.A.D mensasarkan peningkatan sehingga 40% pada 2030. Antara lain , Tan Sri Hamid menyebutkan mengenai cabaran menangani masalah 86,000 orang pemandu teksi. Tapi beliau amat yakin ianya mampu diselesaikan bila masalah sistem teksi dapat diselesaikan, masalah lain turut selesai.

Tan Sri Hamid agak kesal dengan usaha sesetengah pihak yang mahu mempolitikkan isu pengangkutan awam. Bagi beliau, pengangkutan awam adalah kepentingan umum dan tak perlu dijadikan isu politik. 

“Kalau boleh, dalam isu pengangkutan awam ini kita tidak berpihak..Kita mahu bebas, tetapi pada masa yang sama menuruti dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. SPAD nak buat apa-apa program pun kena dapat dana dari kerajaan. Jadi kita kena ambilkira pandangan kerajaan.Kalau datang parti politik, susahlah.”

“Tujuan SPAD diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana fungsi kita merentasi kementerian dan agensi. Orang yang mengawasi keseluruhan kementerian dan agensi adalah Perdana Menteri. Tetapi kita bekerja rapat dengan Kementerian Pengangkutan kerana Bidang Keberhasilan Utama Negeri (KRA) di bawah kementerian itu.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...