Isnin, 15 April 2013

#PRU13- APAKATA PEMIMPIN KOMPONEN MENGENAI PASUKAN TRANSFORMASI @barisannasional


M. KAYVEAS - PPP:
PPP tanding di Parlimen Kepong, empat kerusi negeri: Kayveas.
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP), parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mengesahkan bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Presidennya, Datuk Seri M.Kayveas, berkata parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Kota Melaka (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Manik Urai (Kelantan).
"Barisan Nasional kalah disemua lima kerusi PPP itu pada pilihan raya umum lepas (2008). Sukar, namun seseorang perlu bertanding di kerusi ini. Memperoleh lima kerusi merupakan kejayaan bagi PPP," katanya dalam mesej Tweetnya.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar, namun tewas kedua-duanya.
Kayveas yang bertanding di Taiping, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.
Di Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi.
Pada 2008, calon DAP, Dr Tan Seng Giaw menewaskan Lau Hoi Keong, BN-Gerakan di kerusi Kepong dengan 23,848 majoriti undi.
Sementara itu, Kayveas berkata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan akan bertanding kerusi Parlimen Kepong manakala Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai bertanding kerusi DUN Kota Melaka.
"Kita tahu (Kota Melaka) ialah kerusi tradisi DAP, tidak pernah dimenangi BN sebelum ini.
"Tapi kita akan cuba dan lihat penerimaan rakyat di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Watikah Pencalonan dan Aku Janji Calon BN kepada pengerusi BN Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Bagi kerusi Kota Alam Shah, Kayveas berkata PPP mempunyai dua calon, dan keputusan muktamad akan diketahui esok ketika pengumuman dibuat oleh Pengerusi Perhubungan BN negeri, katanya.
"Calon di Kota Alam Shah ialah antara (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D' Cruz) dan seorang wartawan, manakala di Pasir Bedamar, Kerk Guan Chuan (Bendahari PPP Perak), disenaraikan.
"(Naib Presiden PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pula bertanding di Manik Urai," katanya. - BERNAMA
CHUA SOI LEK, MCA:-
MCA bertanding 37 kerusi Parlimen, 90 DUN dengan 68 muka baru: Soi Lek .
KUALA LUMPUR: MCA akan bertanding bagi 37 kerusi parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Sejumlah 68 daripada 127 calon yang akan dipertaruhkan adalah muka baru, selain menampilkan calon termuda parti berumur 25 tahun.
Kesemua lima calon wanita yang akan dipertaruhkan juga adalah muka baru.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata 19 atau 51.3 peratus daripada 37 calon bagi kerusi Parlimen adalah muka baharu manakala 49 daripada 90 calon kerusi DUN juga adalah muka baru.
MCA bertanding bagi 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA
KOH TSU KOON, GERAKAN:-
Lebih separuh calon Gerakan muka baru: Koh Tsu Koon .
KUALA LUMPUR: Gerakan akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koo.
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baharu yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.
"Calon termuda berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada semua presiden parti komponen dan pengerusi BN negeri, di sini.
Gerakan akan bertanding di dua kerusi DUN di Sabah iaitu Elopura dan Tanjong Papat selepas penyandangnya Aw Kam Wah dan Raymond Tan Shu Kiah daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Gerakan pada 2009 setelah SAPP keluar daripada BN.
Koh berkata di Pahang, Gerakan bertukar kerusi dengan MCA membabitkan DUN Ketari dan Tanah Rata, sementara kerusi Parlimen Kepong di Kuala Lumpur dan DUN Kota Alam Shah di Selangor dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP).
Gerakan juga meminjamkan kerusi DUN Skudai di Johor kepada MCA.
Semua kerusi terbabit dipinjamkan hanya untuk pilihan raya umum kali ini, katanya.
Berikut ialah senarai calon Gerakan bagi kerusi parlimen dan DUN:

Kerusi Parlimen
1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan (muka baru)
2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baru)
3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baru)
4. Jelutong - Ng Fook On
5. Taiping - Tan Lian Hoe
6. Beruas - Chang Ko Youn
7. Telok Intan - Mah Siew Keong
8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baru)
9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baru)
10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baru)
11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng

Kerusi DUN
PULAU PINANG:
1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baru)
2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
4. Tanjung Bunga - Chia Kwang Chye
5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baru)
6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baru)
7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baru)
8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baru)
12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe

KEDAH:
1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baru)

PERAK:
1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baru)
2. Aulong - Soo Key Ping (muka baru)
3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baru)
4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baru)

PAHANG:
1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
2. Triang - Tan Tin Loon

SELANGOR:
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baru)
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baru)
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baru)

NEGERI SEMBILAN:
1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baru)
2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baru)

MELAKA:
1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baru)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...