Rabu, 28 Ogos 2013

SPAD: Kod Amalan Industri (ICOP) -Keselamatan Pengendali Bas @SPADChannel.

Bertarikh 20hb Ogos 2013 Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013.

S.P.A.D telah mengeluarkan Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013 bertarikh pada 20hb Ogos, 2013, (disini) bagi memaklumkan kepada semua pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas:-
  1. Bas Berhenti-henti
  2. Bas Ekspres
  3. Bas Pekerja
  4. Bas Catar (Chartered Bus) 
  5. Bas Mini 
  6. Bas Pengantara 
  7. Bas Lapangan Terbang
  8. Pemegang lesen kenderaan perlancungan kelas Bas Persiaran
bahawa S.P.A.D ICOP (Kod Amalan Industri) -keselamatan, ini menjadi syarat am lesen pengendali bas dan hendaklah di baca bersama setiap lesen pengendali Bas berhenti-henti, bas ekspres, bas pekerja, bas catar, bas mini, bas pengantara, bas lapangan terbang dan lesen kenderaan bas persiaran. Buku panduan S.P.A.D ICOP dijadikan rujukan dna akan diterbitkan dengan kemaskini terbaru dari masa kesemasa. Ini dikuatkuasakan bermula dari 20hb Ogos 2013. Kod Amalan Industri (ICOP) S.P.A.D-Keselamatan, wajib dipatuhi oleh pengendali bas dan pemegang lesen bas persiaran. 

Ketidakpatuhan kepada Kod Amalan Industri S.P.A.D-Keselamatan sebagai syarat yang dikuatkuasakan, adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(3) dan Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, cekap, terancang , bersepadu dan mampan. S.P.A.D selaku suruhanjaya yang diberi mandat bagi tujuan mengawalselia dan memantau prestasi perkhidmatan semua pengendali berlesen dan pemegang lesen perkhidmatan pengangkutan awam darat mengambil langkah menguatkuasakan Kod Amalan Industri (ICOP) S.P.A.D bagi memastikan sistem pengangkutan awam darat negara ini menepati piawaian keselamatan berdasarkan amalan terbaik.

Tahniah S.P.A.D, selepas ini diharapkan agar ianya tidak dijadikan alasan dan hujah untuk menuding jari kepada S.P.A.D. Mereka telah melakukan yang amat terbaik. Dan jangan ada pula yang masih mahu sok-sek mempersoalkan dan mempertikaikan apa yang S.P.A.D lakukan. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...