Rabu, 28 Ogos 2013

SPAD: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SPAD @SPADChannel

Adat manusia, sentiasa curiga kepada perkara yang mereka tidak tahu. Dan banyak prasangka buruk timbul disebabkan oleh 'Tak Tahu'. Bila diperjelaskan, barulah terpancul ungkapan, "Oooo, camtu yea, baru tau camtu rupanya". SPAD bukanlah satu agensi misterius. Segala maklumat mengenai peranan, fungsi dan bidangkuasanya , terpapar penuh di laman sesawang rasminya. Anda hanya perlu melayarinya pada masa terluang untuk 'Ambil Tahu'.

SPAD adalah sebuah suruhanjaya yang lahir dari program tranformasi di bawah pentadbiran DS Najib. Kerana itu, ianya diletakkan terus di bawah Pejabat Perdana Menteri. Ianya bukan kementerian. Pada masa ini, menteri yang diberikan tanggungjawab memantau SPAD ialah YB Nancy Shukri. Pengerusi SPAD ialah Tan Sri Syed Hamid Albar. Ianya sudah tertubuh sejak tiga tahun lalu. Ibupejabat SPAD terletak di KL Sentral. Dalam usianya yang muda, SPAD sudah pun mampu meraih pengiktirafan daripada badan antarabangsa baru-baru ini.

Matlamat utama SPAD ditubuhkan oleh pentadbiran DS Najib, ialah melaksanakan aspirasi transformasi pengangkutan awam darat. Apakah aspirasi tersebut? Aspirasi tersebut ialah satu legasi transformasi pengangkutan awam darat yang:-
  1. Selamat, 
  2. Boleh diharap, 
  3. Responsif, 
  4. Mudah diakses, 
  5. Cekap, 
  6. Terancang, 
  7. Bersepadu, 
  8. Mampan. 
Garis masa yang ditetapkan ke atas SPAD transformasi sepenuhnya menjelang 2020. Sesuatu matlamat itu bukanlah boleh dicapai dalam sekelip mata. Nak makan buah durian pun, kena tanam dulu dan tunggu ianya membesar sehingga boleh menghasilkan buah.

SPAD memainkan tiga peranan penting dalam mendukung teras pembangunan ekonomi negara. Peranan pertama ialah memastikan pengangkutan awam darat menjadi penghubung tenaga kerja dengan pasaran kerja. Yakni dengan menjadi akses penghubung mudah dari kawasan perumahan pekerja ke tempat bekerja. SPAD menjangkakan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan wujud pada tahun 2020. Oleh itu, jajaran dan laluan pengangkutan awam darat perlu diperluaskan sehingga ke luar bandar. Ini membolehkan, pekerja ulang-alik dengan selamat, 'on-time' dan lancar ke tempat bekerja di pusat bandar.

Peranan kedua ialah mengurangkan kesesakan lalulintas di pusat bandar pada waktu puncak. Kesesakan lalulintas menyebabkan kelancaran ulang-alik pekerja terganggu. Banyak masa dan tenaga terbuang percuma. Di Austrlia, menurut kajian, negara itu kerugian 12.9 bilion dalam bentuk produktiviti yang hilang akibat kesesakan lalulintas. Dari segi mental, kesesakan lalulintas menjadi punca 'stress' kepada pekerja kerana keletihan otak sebelum sampai ke pejabat. Kapasiti pengangkutan awam darat perlu dipertingkatkan seiring dengan peningkatkan jumlah keluar masuk harian penduduk bandar.

Peranan ketiga ialah menyokong pertumbuhan ekonomi negara kerana berhubung kait dengan peningkatan produktiviti. Menjadi pemangkin modal insan yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Penyediaan rangkaian bersepadu pengangkutan awam dari kawasan perumahan ke tempat bekerja dan pusat pendidikan, mampu melonjakkan Malaysia di arena ekonomi global yang mempunyai daya saing yang tinggi.
 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...