Rabu, 28 Ogos 2013

SPAD: Bidangkuasa dan Bidangtugas @SPADChannel.


Di atas ialah 'tangkap skrin' (apa punya istilah ambe guna, tapi tak mengapa, utamakan Bahasa Kebangsaan- MERDEKA !). Ada tiga skop bagi bidangkuasa dan bidangtugas SPAD, dan salah satunya sudah tentulah bukan membina jalan persendirian Genting Highlands. Atau memastikan jurutera yang bertanggunjawab merangka dan membina badan bas mematuhi piawaian antarabangsa. Atau melakukan pemerikasaan badan bas seperti PUSPAKOM lakukan kerana PUSPAKOM bukan terletak di bawah S.P.A.D.

Jelas kepada kita, bahawa S.P.A.D, mempunyai bidangkuasa dan bidangtugas:-
  1. Kuasa Merancang- satu pelan induk bagi memastikan pembangunan infrastruktur komprehensif, berintergrasi dan boleh diharap.
  2. Kuasa Regulatori- memantau dan meregulasi perkhidmatan standar bagi semua pengendali dan pemegang lesen melalui perlesenan.
  3. Kuasa Penguatkuasaan- kuasa tambahan termasuk kuasa untuk audit, siasatan, menggantung/membatal lesen, menyita kenderaan dan mendenda pengendali. 
Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh S.P.A.D ialah:-
  1. Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
  2. Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
  3. Commercial Vehicle Licensing Board Act 1987
  4. Commercial Vehicle Licensing Board (Amendment) Act 2010
  5. Railways Act 1991
Wilayah bidangkuasa S.P.A.D terhad hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Lapuran tahunan juga dikeluarkan oleh S.P.A.D. Anda boleh membacanya di sini 



Terkandung juga Penyata Kewangan yang di audit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara. Tiada apa yang hendak disembunyikan oleh S.P.A.D, segala-galanya mudah diakses oleh orang awam. 

S.P.A.D menggunakan dan mengadaptasi Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) daripada Standard Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.Kod ini menjadi asas kepada audit, inkuiri, pengredan dan akreditasi sesebuah syarikat pengangkutan di negara ini. Untuk ketahui lebih lanjut sila ke sini SHE dan ke laman MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research).

Visi SPAD ialah menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat. Bidangkuasa dan bidangtugas SPAD adalah bagi mencapai visi tersebut. Namun begitu, kita perlu selalu ingat bahawa bidangkuasa dan bidangtugas SPAD tidak boleh ditafsirkan dan disangka lebih daripada apa yang telah dipaparkan. Dari masa kesemasa, ambe akan memperjelaskan lagi secara terperinci dengan memberikan contoh-contoh tertentu bagi memudahkan kita memahami skop bidangkuasa dan bidangtugas sebenar SPAD. Untuk sementara waktu, cukuplah maklumat asas seperti ini terlebih dahulu. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...