Isnin, 10 Jun 2013

SPAD: SIKAP PENGENDALI & PENGGUNA PERLU SEMAJU PENGANGKUTAN AWAM @SPADchannel @syedhamidalbar

Sejak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ditubuhkan tiga tahun lepas, UITP telah memberikan pengiktirafan kepada kemajuan yang dicapai oleh SPAD. Komitmen kerajaan menambahbaik mutu dan taraf pengangkutan awam sudah terbukti. Selari dengan kejayaan yang dicapai, penggendali dan pengguna pengangkutan awam di negara ini, seharusnya amat berbangga. Kejayaan tersebut adalah kejayaan bersama.

Tanpa komitmen berbalas daripada pengendali dan pengguna, kejayaan tersebut mungkin tak berbaloi. Janganlah dipersiakan pengiktirafan UITP tersebut. Kini, masanya pengendali dan pengguna pengangkutan awam, turut menyumbang kepada kemajuan pengangkutan awam. Sumbangan berbentuk sikap positif dan penuh tanggungjawab. 

Pengendali mestilah memastikan keadaan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Agar ianya sentiasa memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna. Pengguna pula perlu menjauhi vandalisma. Jagalah kebersihan stesen bas, LRT dan teksi. Perkhidmatan mestilah bertaraf dunia pertama. Keadaan lori, bas dan teksi mestilah sentiasa nampak bersih. 

Pengendali lori dan bas mestilah menjaga tahap asap hitam kenderaan masing-masing. Biarlah sentiasa berada di bawah paras yang dibenarkan. Displin pemandu teksi, bas dan lori perlu dipertingkatan. Kemahiran mereka juga perlu sentiasa di upgred. Biarlah mereka menjadi pemandu berhemah tinggi. Para pemandu lori, bas dan teksi perlu menjauhi perkara-perkara, yang memabukkan semasa memandu.

Pengendali lori, mestilah memastikan lori-lori tidak membawa muatan melebihi had. Gabungan pematuhan undang-undang dengan displin yang tinggi, mampu memantapkan lagi pengangkutan awam. Kerjasama di antara SPAD, pengendali, pemandu dan pengguna, akan mempercepatkan lagi kemajuan-kemajuan dalam bidang pengangkutan awam. Di masadepan, kita mahukan pengiktirafan UITP , dalam semua aspek pengangkutan awam. 

Pengangkutan awam darat adalah tanggungjawab kita bersama. Ianya tak perlu dipolitikkan. Sebaliknya, semua pihak terbabit bekerjasama. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan, displin dan keselesaan, di pihak pengendali dan pemandu adalah sumbangan yang amat diharapkan, oleh para pengguna. Manakala, sikap pengguna kelas pertama, merupakan balasan timbal-balik, kepada pengendali dan pemandu. 

Kordinasi polisi yang baik, mutu perkhidmatan yang bertaraf dunia dan displin tinggi, adalah ramuan bagi situasi kondusif 'Menang-Menang' kepada semua pihak. Kita mahukan yang terbaik. Maka kita perlu berikan yang terbaik. Kita mahu model pengangkutan awam darat Malaysia, menjadi contoh dan ikutan kepada seluruh dunia. Sudah tentu, ianya merupakan satu kejayaan terindah buat semua. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...