Isnin, 17 Jun 2013

Flashmob dan Himpunan Hitamlegam Suatu Perbuatan Menyalahgunakan Hak Kebebasan.

Bukan saja kuasa badan eksekutif dan legislatif mudah diselewengkan dan disalahgunakan. Bahkah, hak kebebasan individu juga amat mudah disalahgunakan dan diselewengkan. Begitu juga Hak Kebebasan Berhimpun dengan aman. Sabtu lepas, menyaksikan bagaimana Hak Kebebasan Berhimpun secara aman dan Hak Kebebasan bersuara, disalahgunakan oleh peserta yang di tahan polis. Amalan melanggar kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, adalah mainan politik kotor DAP-PKR-PAS. 

Mereka mengajar penyokong mereka menjadi pesalah undang-undang dan menyalahgunakan Hak Kebebasan Berhimpun dan Hak Kebebasan Bersuara. Bagi mana-mana masyarakat maju di dunia, jalanraya bukanlah tempat menyuarakan bantahan dan berhimpun. Malaysia kita pun sudah banyak kes pembuli dan samseng jalanraya. Kini hendak di tambah lagi dengan perusuh dan pendemo jalanan? Sampai bila masyarakat Malaysia hendak menjadi masyarakat maju? 

Masyarakat maju dunia, membawa dan mempertahankan hak-hak kebebasan mereka di mahkamah. Tetapi, DAP-PKR-PAS mengajar rakyat Malaysia agar menjadikan jalanraya sebagai mahkamah. Pedulikan saja mengenai retorik, dan hipokrasi penjaaan himpunan-himpunan yang menyalahgunakan hak kebebasan. Fikirkan dan tumpukan kepada penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun dan bersuara.  Tidakkah ianya memalukan kita bila melihat sebahagian kecil rakyat Malaysia terkinja-kinja di jalanraya?

Adakah kita hendak berbangga dengan produk-produk retorik politik kotor seperti itu? Dimanakah nilai-nilai baik dan kemanusiaan yang membentuk kemajuan berfikir ? Dimanakah kematangan yang dilaungkan oleh DAP-PKR-PAS selama ini? Bukankah, menyalahgunakan hak kebebasan bermakna tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan? Bukankah sudah ada saluran-saluran diberikan untuk mendapatkan remedi dan menyuarakan hak? Tapi kenapa memilih cara dan kaedah usang ke jalanraya?

Bilamana, penyalahgunaan hak kebebasan dijadikan sebagai asas meluahkan ketidakpuashati, akibatnya seperti yang berlaku di Turki dan di Mesir. Malah lihat juga apa yang berlaku di Syria. Sentiasa bergolak dan dicemari dengan insiden-insiden demonstrasi. Bantahan dan ketidakpuashati yang di bawa ke jalan-jalan sebenarnya suatu penyalahgunaan hak kebebasan. Sepatutnya, ketidakpuashati dan bantahan, di bawa ke mahkamah untuk diadili mengikut perundangan negara. Hak Orang lain yang tak menyertai tindakan penyalahgunaan hak kebebasan tersebut, diprejudiskan oleh penyalahgunaan hak kebebasan berkenaan.

Tengah seronok-seronok berjalan di hujung minggu bersama famili, tiba-tiba di ganggu dengan tindakan flashmob dan himpunan di jalanan. Mengikut undang-undang Tort, mana-mana pihak yang terganggu dengan aktiviti sedemikian , boleh menyaman pihak penaja demo untuk sebarang gantirugi kehilangan. Bahkan, mereka boleh meminta perintah injuksi dan perintah membatalkan permit berkenaan. dengan syarat, mereka mestilah membuktikan bahawa penaja demo telah melakukan Breach Of Duties Owed To The Public (Mungkir Tanggungjawab Kepada Umum). 

Umumnya, teori protes, bantahan dan demo jalanan adalah gerakan Tentangan Sivil  (Civil Resistance) atau Ketidapatuhan Sivil (Civil Disobedience). Kedua gerakan berkenaan bukan pengecualian kepada perundangan. Ianya tetap tertakluk kepada perundangan. Mujurlah kita ada peruntukan perundangan mengenai Tort. Undang-undang Tort, ialah berkenaan 'Tanggungjawab Kepada Umum'. Mana-mana pihak yang alami kepahitan dan kesengsaraan akibat kemungkiran-kemungkiran Tanggungjawab Kepada Umum , boleh mendapatkan remedi di mahkamah dalam bentuk gantirugi am dan khas.

Pada hemat ambe, pihak yang membantah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun, yang di buat oleh DAP-PKR-PAS, boleh menyaman DAP-PKR-PAS di bawah tindakan undang-undang Tort. Himpunan Hitamlegam juga boleh di cabar di mahkamah. Mintalah perintah injuksi dan gantirugi, serta berhujahlah bahawa himpunan hitamlegam dan flashmob adalah penyalahgunaan hak kebebasan yang merupakan pemungkiran kepada tanggungjawab umum. Sampai bila kita hendak berdiam diri dan membiarkan DAP PKR PAS terus-menerus melanggar hak-hak awam.

2 ulasan:

jis salam berkata...

Pihak berkuasa perlu mendidik semua penyokong pembangkang untuk mematuhi dan menghormati undang-undang Negara. Selagi mereka berdegil untuk menlanggar undang-undang yang sah, mereka perlu didakwa untuk dibawa ke pihak pengadilan. Rakyat mahu pihak berkuasa, ia itu polis dan penguam Negara jangan takut atau segan menjalankan tugas mengikut lunas-lunas undang-undang. Ini lah harga yang perlu dibayar demi untuk stability dan keamanan Negara.

Ari berkata...

jgn ingat majoriti akn berdiam diri...elok rasanye ISA di guna semula

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...