Rabu, 1 Mei 2013

#PRU13 ' TAK GONCANG BOTOL' JAWAPAN SPR KURANG MANTAP WAIMA BETUL @NajibRazak @barisannasional #BetterNation

Cetak Skrin Sinar Harian Berkenaan Jawapan Lucu SPR Waima Ianya Benar.

Walaupun betul dan benar sekalipun, ambe fikir jawapan 'Botol Tak Goncang' agak lucu dan tidak begitu serius. Sejak semalam lagi kumpulan siber BN lebih matang dalam memberikan hujah balas kepada dakyah dan gerak kerja Nurul Izzah dan Tian Chua. Nampaknya gerak kerja Nurul Izzah dan Tian Chua menghasilkan satu jawapan daripada SPR yang boleh mengugat kepercayaan orangramai kepada SPR sendiri. Takkanlah SPR tak terfikirkan jawapan yang lebih mantap tanpa memprejudiskan kredibiliti mereka sendiri?

Jawapan SPR itu seperti memberi Bola Tanggung kepada DAP PKR PAS PSM. 

Antara Posta-posta terbitan pasukan siber BN yang menangkis serangan Tian Chua dan Nurul Izzah .. lebih profesional dan mantap daripada SPR sendiri.

Isu mengenai niat jahat DAP PKR PAS PSM untuk mengelirukan minda rakyat ke atas dakwat kekal telah lama Gomo keluarkan dulu. Gomo pernah memberi amaran bahawa DAP PKR PAS PSM menyimpan satu niat jahat memanipulasikan dakwat kekal. 

Sebelum ini pun sudah didedahkan banyak mengenai perancangan DAP PKR PAS PSM untuk melakukan huru hara semasa PRU13. Termasuklah membuat kecoh di tempat pengundian. Kini ternyata ianya berlaku sepertimana yang telah didedahkan. 

Oleh kerana pada masa ini SPR merupakan satu-satunya badan bebas yang berkuasa penuh maka SPR mampu melakukan lebih daripada itu. Sepatutnya para penguatkuasa SPR menghalang dan mencegah perbuatan Tian Chua dan Nurul Izzah tersebut. Kerana perbuatan mereka berdua adalah bersalahan dengan tatatertib Pilihanraya malah melanggar etika pilihanraya sendiri. Kenapa poin ini SPR tidak diketengahkan?

SPR tak perlu takut kepada DAP PKR PAS PSM pun. SPR adalah sebuah badan bebas dan profesional sejak dulu lagi. Bagi ambe, intergriti SPR tidak terjejas dengan sikap lewa seorang dua pegawai tinggi SPR. Tapi pegawai dan semua petugas SPR wajib menjaga integriti dan kredibiliti mereka di mata umum dan di mata dunia agar sebarang keputusan yang diumumkan oleh SPR nanti tidak dijadikan alasan-alasan oleh DAP PKR PAS PSM untuk mencetuskan Malaysian Spring.

Para petugas SPR di mana-mana jua mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada rakyat dan negara ini sewaktu proses pilihanraya berlansung sehingga ke pengumuman keputusan. Mereka perlu lebih tegas untuk tidak terjerat dengan mainan dan politikal manuver mana-mana parti politik yang bertanding. 

SPR PERLU SENTIASA INGAT BAHAWA MEREKA ADLAH SEBUAH BADAN KERAJAAN YANG DITUBUHKAN OLEH PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERBANDING DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK YANG DIDAFTARKAN DI BAWAH SUATU AKTA YANG LEBIH BAWAH DARIPADA PERLEMBAGAAN ITU SENDIRI. 

JADI SPR LEBIH BERKUASA DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK SEWAKTU PILIHANRAYA. SEMUA PARTI POLITIK WAJIB IKUT CAKAP SPR DAN BUKAN SEBALIKNYA. 

AMBE TETAP MELETAKKAN KEPERCAYAAN KEPADA SPR.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...