Rabu, 1 Mei 2013

#PRU13- SPAD PERMIT TEKSI INDIVIDU -JANJI DITEPATI @NajibRazak @barisannasional #BetterNation.


KUALA LUMPUR, 29 April 2013 ISNIN: Sejak Y.A.B Perdana Menteri mengumumkan pemberian 1,000 lesen teksi individu bulan lepas di Putrajaya, seramai 300 orang pengendali teksi telah menerimanya. 200 orang pada bulan lepas dan 300 orang pada Isnin lalu. 

Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi SPAD sejak 3hb Jun 2010 memaklumkan bahawa SPAD telah menerima 12,000 permohonan lesen teksi individu tapi buat masa ini hanya boleh  meluluskan 1000 sahaja. 

Beliau mengingatkan penerima lesen individu agar simpan lesen hingga akhir hayat dan jangan di jual kepada syarikat.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid 

“Satu waktu dahulu kerajaan sudah bagi banyak lesen kepada individu. Selepas itu mereka jual kepada syarikat. Contohnya, syarikat Sunlight memulakan perniagaan apabila pemilik lesen individu menjual lesen kepada mereka. Kemudian pemandu itu bekerja pula dengan Sunlight. Kali ini kita sudah bagi lesen individu, janganlah jual lagi. Simpanlah hingga ke akhir hayat supaya dapat diwarisi oleh anak cucu,” katanya pada majlis pemberian lesen individu kepada 300 pemandu teksi di Kuala Lumpur, Isnin.

Katanya lagi, daripada 1,000 lesen individu itu, SPAD memperuntukkan 100 atau 10 peratus untuk pemandu teksi wanita. Malah SPAD juga telah melonggarkan syarat untuk wanita.

“Syarat utama untuk mendapatkan lesen teksi individu ialah pemohon mesti sudah memajak teksi sekurang-kurangnya lima tahun. Tetapi untuk wanita kita kurangkan kepada dua tahun,” katanya.

Syed Hamid menyangkal dakwaan kononnya Kuala Lumpur mengalami masalah kekurangan teksi. Katanya masalah kekurangan teksi disebabkan sikap ramai pemandu yang bekerja mengikut masa sendiri.

“Di negara lain, pemandu teksi bekerja sekurang-kurangnya lapan jam sebelum menyerahkan teksi kepada pemandu kedua. Di Malaysia, ramai pemandu teksi buat teksi macam kereta sendiri. Mereka pandu tiga atau empat jam selepas itu balik rumah atau pergi jalan-jalan,” katanya.

Menurut Syed Hamid, di seluruh negara 51% teksi dimiliki oleh syarikat dan 49% oleh individu. Di Kuala :Lumpur pula, syarikat memiliki 63% dan individu 27%.

“Tujuan asal kita ialah untuk mengeluarkan lesen di Lembah Klang kerana teksi bandar paling banyak di kawasan ini. Tetapi kita ada cadangan untuk mengagihkan sedikit demi sedikit ke Pulau Pinang dan Johor,” katanya.

Perlancaran TEKS1M pada 18hb April 2013 di Shah Alam.

Sebelum itu pada 18hb April 2013, SPAD telahpun melancarkan rekabentuk Teksi Rakyat 1 Malaysia (TEKS1M). TEKS1M adalah salah satu daripada usaha SPAD untuk menaik taraf sistem perkhidmatan teksi di Malaysia khasnya dan meningkatkan imej pemandu teksi amnya. Antara ciri-ciri khas TEKS1M ialah:-
Tempat duduk selesa,
ruang simpanan beg luas,
sistem brek anti-kunci automatik (ABS),
kerusi kulit warna keemasan,
saluran penyaman udara khusus untuk penumpang,
sistem navigasi GPS,
kemudahan kad kredit/debit dan
meter serta NGV pasang siap.

“Mesra alam, elegan, cun, eksklusif dan berlainan daripada warna teksi yang pernah saya lihat,” begitulah reaksi awal Pengerusi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar sewaktu melancarkan rekabentuk TEKS1M di Shah Alam.

TEKS1M - Proton Exora Yang Diubahsuai spefikasinya 

Syed Hamid berkata, pemilihan warna “Elegant Golden Brown melambangkan keunggulan teksi berkenaan kerana warna itu tidak didapati pada mana-mana kereta di Malaysia. 

Sementara itu, Pengerusi Proton Holdings, Dato Seri Mohd Khamil Jamil yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, berkata Proton akan mengeluarkan 1,000 unit Proton Exora menjelang Jun ini untuk kegunaan pemandu teksi di bawah program TEKS1M. Katanya TEKS1M akan dikeluarkan dalam dua versi, iaitu manual dan automatik. 

Menurut Syed Hamid pula, pengusaha teksi juga diberikan pilihan sama ada memilih Exora yang menggunakan petrol atau gas asli (NGV). 

Hampir 100 pemandu teksi yang turut hadir pada majlis pelancaran rekabentuk TEKS1M itu juga kagum dengan kehebatan kenderaan jenama Exora itu dan ramai daripada mereka tidak sabar memilikinya. 

Rekabentuk Dalaman TEKS1M

Pengusaha teksi yang berminat membeli TEKS1M boleh memohon geran daripada Yayasan Rakyat 1MDB, sebanyak RM5,000 setiap seorang untuk meringankan beban membeli kenderaan Exora itu. 

Proton Exora itu bernilai RM64,000 seunit, dan dengan subsidi daripada geran berkenaan, pemandu teksi cuma perlu membeli dengan harga RM59,000 sahaja dengan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun. 

Inilah perbezaan paling ketara di antara BN dengan puak DAP PKR PAS PSM. 
BN berusaha keras merealisasikan apa yang di kata untuk menepati semua janji yang diberikan. 

Kepada rakyat Malaysia yang berkenaan janganlah dilepaskan peluang yang telah diberikan ini. Ambil lah dan jangan lupa UNDILAH BARISAN NASIONAL , JANJI DITEPATI. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...