Sabtu, 6 April 2013

#GE13 Klip Video Tuan Punya Cincin RM28 Juta #TolakPR Masuk Longkang

Bukti Yang Tak Jelas digunakan oleh PKR (CheguBard Untuk Memfitnah DS Rosmah)
Tidak lama dulu dan masih berterusan ialah fitnah dan kontroversi mengenai cincin RM28 juta yang dikatakan di beli secara tunai oleh DS Rosmah menggunakan "DUIT RAKYAT".

Motif fitnah tersebut:-
Mencetuskan kebencian kepada DS Najib melalui kempen memburukkan DS Rosmah. Kononnya DS Rosmah menguasai DS Najib dan DS Najib patuh kepada DS Rosmah. Menyamakan DS Rosmah dengan Emelda Marcos. Kononnya pemborosan besar-besaran dalam perbelanjaan berlaku dan didiamkan saja. 
Matlamat Kempen Fitnah:-
Bertujuan memisahkan / memecahbelahkan keluarga DS Najib. Malah berniat jahat mahu merobohkan sebuah perkahwinan (DS Najib + DS Rosmah). Supaya timbul persengketaan dan memburukkan hubungan DS Najib dan DS Rosmah dengan pemimpin, ahli dan penyokong UMNO/BN. Mengaibkan dan memalukan serta menjatuhkan reputasi DS Najib, DS Rosmah, UMNO dan BN di mata masyarakat (dah boleh buat saman malu)
Kebenarannya:-
Dengarlah sendiri daripada mulut Pemilik Sah dan Betul Cincin RM28 juta tersebut dalam klip video di bawah ini.


Saranan:-
Pakatan dap pkr pas memperbodoh-bodohkan pemikiran rakyat dengan cerita-cerita yang di putar belit kan oleh mereka. 
Fitnah mengenai cincin RM28 juta tersebut ialah sebahagian daripada pelan tindakan Politik Kotor Pakatan dap pkr pas. 
Pakatan dap pkr pas akan tetap meneruskan fitnah tersebut dengan harapan rakyat boleh diperbodohkan oleh mereka. 
Bila anda ada mendengar fitnah tersebut atau terbaca mengenainya, sila tanya kepada para penyebar fitnah soklan berikut, 
" Tak takut ke azab siksa pedih Allah Ta'ala ke atas penyebar fitnah macam kamu?"

TEPUK DADA TANYA IMAN
ADA OTAK FIKIR
ADA MATA TENGOK BETUL-BETUL
ADA TELINGA DENGAR BETUL-BETUL
ADA MULUT JANGAN SEBAR FITNAH!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...