Rabu, 20 Mac 2013

SERAH DIRI ATAU MATI SIA-SIA - PENGGANAS KIRAM 50SEN TIADA PILIHAN.

Bila 'ADNAN' datang (nama sorga) untuk bertanya khabar dan menziarahi para pengganas Kiram 50sen, sudah tentu di bawa bersama Warkah Malaikat Izra'il. Pengganas Kiram 50sen yang kini berpecah kepada kumpulan kecil ditinggalkan oleh Agbimuddin kini kebuluran. 

Pengganas Kiram 50sen dijanjikan ganjaran RM80,000.00 seorang jika misi mereka berjaya. Mereka dijanjikan pangkat dan jawatan dalam polis dan tentera. Ada yang tertipu dijanjikan bekerja di ladang sawit.

Mereka turut di tipu kononnya tiada pertumpahan darah akan berlaku. Segalanya akan berjalan dengan lancar. Mereka kini kebuluran di samping keliru. Ketua misi jahanam mereka entah ke mana. Memasing macam anak ayam kehilangan ibu ayam.

Kepada sisa baki penggganas Kiram 50sen, ini bukan perjuangan leluhur kamu.
Ini bukan lagi hak leluhur kamu yang wajib di tuntut.
Ini bukan lagi penderitaan yang perlu kamu tanggung.

Serahlah diri kamu secara aman supaya dunia boleh menghukum mereka yang menghantar kamu.
Menghukum mereka yang menganiayai kamu
Menghukum mereka yang menggadaikan nyawa kamu
Menghukum mereka yang menyebabkan kamu menumpahkan darah orang yang tak berdosa.
Jangan biarkan mereka yang menghantar kamu untuk mati demi kepentingan diri mereka terlepas dari hukuman dunia dan akhirat.

SERAHLAH DIRI KAMU SECARA AMAN AGAR MAUT BISA MENGHUKUM MEREKA YANG TELAH MENIPU DAN MEMPERDAYAKAN KAMU KE SINI DENGAN JANJI-JANJI PALSU !

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...