Rabu, 20 Mac 2013

KENAPA AMBE PILIH BN BUKAN DAP PKR ATAU PAS?

Ambe tak suka hidup ikut perintah atau ikut cakap orang.
Orang suruh duduk, ambe berdiri
Orang suruh berdiri, ambe duduk
Orang suruh berbaring, ambe mengiring
Orang suruh mengiring, ambe mencangkung
Orang suruh mencangkung, ambe lari setempat

Baik dari semua segi kehidupan.
Ambe tak suka orang atur kehidupan ambe.
Ambe tak suka ikut telunjuk orang apa nak buat, macamlah ambe nie tak reti nak buat pilihan bijaksana.
Ambe yakin pada diri sendiri.
Ambe tak peduli apa orang nak kata.

Ambe tak suka bertuankan dan bermajikan makhluk.
tapi ambe tetap ada perasaan hormat kat orang selagi mana orang
Tak bohong,
Tak menipu,
Tak manipulatif
Tak memperalat
Tak Opurtunis
Tak putar belit
Tak angkuh
Tak sombong
Tak Bangang
Tak hipokrit
Tak pentingkan dirinya sendiri 
Tapi nasihat yang baik ambe sedia dengar .. dengar je tau .. belum tentu ambe pakai ..

Ambe tak berapa gemar nak menjaga hati orang kecuali keluarga sendiri dan Yang Tersayang ... ehem ..
Ambe pun tak gemar nak jaga tepi kain orang
kalau kain orang terselak sendiri barulah ambe tegur
Tapi ambe suka mengembirakan orang selagimana orang tu tak sakiti hati ambe

Sebelum ambe berbuat sesuatu , ambe akan fikir banyak kali
Bila dah penat nak berfikir, barulah ambe bertindak.
Ada masanya ambe fikir je terus bertindak
Ambe tak suka ikut membabi buta tanpa tahu terlebih dahulu tahu ke mana arahtuju dan apakah perlaksanaannya
Ambe tak suka menjadi Pak Turut
Ambe tak suka orang ikut cakap ambe .. bangang lah sapa buat camtu
Ambe tak suka kejahatan
Ambe tak suka keburukan
Tapi ambe boleh terima baik dan buruk seseorang itu
Ambe tak suka berprasangka buruk
Tapi jangan buat spoil .... terus ambe hilang kepercayaan sampai mati

Ambe tak suka orang puji-puji ambe atau nak tunjuk simpati kat ambe
Apa ingat ambe ini cikai sangat ker?
Apa ingat ambe lemah sangat?
Sifat ambe suka melawan dan membantah benda yang tak betul dan tak benar.
Ramai yang dah kena.... kih kih kih ... nasib ler 

Ambe sedar takde makhluk yang sempurna tapi makhluk mampu sempurnakan budipekerti yang baik dan mulia.
Ambe sedar makhluk tak mampu nak puaskan hati semua sebab itu ambe tak minta apa-apa tapi jangan sengaja tahan hak orang sebab nak lepaskan tengkok sendiri dulu.

Jadi atas sifat-sifat ambe tu ,
maka ambe banyak buat pertimbangan dan perkiraan
Mana yang buruk
Mana yang jahat
Mana yang baik
Mana manafaat
Mana mudarat 
Mana Hak
Mana Bathil 
Sebab kesemuanya itu tidak akan bercampur samasekali untuk menjadi KELABU.

Ambe lihat terlalu banyak kejahatan, keburukan, kemudaratan dan kebatilan dalam DAP PKR PAS (sori lah waima korang pakai serban dan bersolat tapi itu belum jaminan sepenuhnya).
Ramai tok lebai, tok imam dan cerdik tak berapa nak pandai dalam PAS cuma mengikut TELUNJUK je.
Apa yang pemimpin mereka cakap... mereka tak persoalkan macamlah mereka takde otak yang berfungsi.
banyak Assobiyah 
banyak Taksub
banyak Riya
banyak Takkabbur
banyak Mazmummah
orang PAS ramai yang tak paham apa itu IMAN, ISLAM dan IHSAN yang ada dalam AGAMA yang berada dalam kalimah ALLAH.
Menyebabkan semua amal ibadat dan perbuatan baik mereka macam di makan api.

Orang PAS nampak baik tapi pantang dapat peluang.. macam harimau kelaparan
tak ingat dah dosa dan pahala

Orang PKR nampak macam bagus tapi pantang dipercayai gerenti korang kena tipu hidup-hidup, semuanya di langgar macam Garuda tengah marah

Orag DAP nampak macam nak menolong tapi belakang mereka ada racun dan pisau, bila-bila masa saja diaorg akan bunuh dan tikam belakang.Macam anjing gigit tuan.

Dalam UMNO atau BN pun, walaupun tak sesempurna mana tapi pergaulan ambe dengan mereka , ambe dapati sekurang-kurangnya mereka
ada jujur, 
ada amanah, 
ada benarnya, 
ada betulnya 
waima ada banyak silapnya. 
Tapi silap mereka
takde le sampai gadaikan kalimah Allah. 
Takde kutuk sana sini, kutuk sesama sendiri ada ler
Takde suruh orang benci itu dan ini, benci sesama sendiri ada ler
Takde ler beri duit kat pengganas suruh ceroboh negara sendiri.
Takde ler nak buat jahat kemudian tuduh oranglain pulak
Ada ler jugak mereka tunaikan hak oranglain waima ada yang tak berpuashati.

Ambe ada lah jugak marah kat BN tapi marah ambe tu masih ada pertimbangan   AKAL WARAS serta HATI NURANI mengawal nafsu ammarah.
Takde ler sampai benci teramat benci.

Itulah sebabnya kenapa ambe pilih BN daripada dap pkr pas.
Lagipun PAKATAN RAKYAT tak wujud
BOHONG BESAR TU kata ada Pakatan Rakyat
Pembohongan paling besar tu !
Nama mereka pun mereka BOHONGI apatahlagi benda-benda besar lain. 
Lima tahun ambe saksikan bagaimana puak-puak DAP PKR PAS 
merosakkan pemikiran rakyat
merosakkan hubungan baik sesama rakyat
memisahkan rakyat
mengadu dombakan rakyat
memfitnah macam-macam 
menjahanamkan ekonomi negara dan rakyat
menakut-nakutkan rakyat
memperbodohkan rakyat
menghina rakyat dengan pelbagai gelaran seperti ayam dan lembu
mengancam kedaulatan negara

Jadi ambe minta semua berfikir sejenak dan sewaras-warasnya ...
nak marah pun marahlah tapi pastikan TAK HILANG AKAL WARAS.
Fikir molek-molek.
Takde benda yang sempurna tapi kita pada hari ini jangan buat benda yang menyebabkan BENDA SEMPURNA MENJADI CACAT.

FIKIR ... PERTIMBANGKAN .. KEMUDIAN BERTAWAKKAL.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...