Selasa, 4 September 2012

KEM SEKULAR PAS DIARAHKAN TUTUP MULUT!


Kelompok Pro Perpaduan UMNO-PAS.

Arahan Presiden PAS kepada semua YDP-YDP yang ada di semua kawasan Selangor, Kedah, Melaka dan Johor ialah Jangan Hentam Nashrudin Mat Isa. Arahan itu turut menyebut agar sokongan padu diberikan kepada Nashrudin Mat Isa dan kumpulan ulama yang sokong perpaduan. ~ sumber bloger mymassa. 

Nampaknya puak sekular yang diterajui oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Syabu menghadapi tentangan maha hebat daripada kelompok pro Ulama dalam PAS. Kalau sebelum ini, pro ulama berdiam diri kerana mahu memelihara perhubungan dengan DAP dan PKR tapi kesabaran mereka sudah lama tercabar dengan karenah egoistik kepimpinan DAP dan PKR. 

Satu-satu cara ialah melepaskan bebanan yang di pikul oleh PAS yang kini diperalatkan sesukahati oleh DAP dan PKR bagi mencapai agenda politik mereka yang anti Islam. 

Kita harus ambil tahu kerana yang banyak menentang usaha perpaduan UMNO-PAS adalah pepuak setan yang berselindung di dalam Pakatam Jahanam dan bukannya suara ahli PAS sendiri. 

Alasan yang sering mereka gunakan ialah kerana UMNO terdesak. Sebenarnya UMNO tak terdesak tetapi puak setan dalam Pakatam Jahanam yang amat terdesak dan sentiasa dalam keadaan desperado.

Kekuatan Pakatam Jahanam banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS. Kedua PKR dan DAP tidak mempunyai kekuatan yang sekuat dan tersusun seperti PAS. Perpaduan UMNO-PAS bermakna kekuatan itu akan menjadi satu vakum yang besar buat perusuh terlatih dalam PKR dan DAP. 

Bak pandangan rakan-rakan fesbuker, Zionis tidak memerlukan senjata hebat, bajet yang besar dan tentera yang ramai untuk menjatuhkan mana-mana negara Islam, hanya cukup melakukannya melalui kuasa proksi mereka di negara tersebut. Lihat apa yang berlaku di Libya, rakyat Libya sendiri yang pijak dan buru Muammar Gaddafi dan membunuhnya bagi pihak Zionis. Di Malaysia pula kita melihat rakyat Malaysia, keturunan Melayu beragama Islam jugalah yang beriya-iya benar hendak 'Memerdekakan Malaysia dari Jajahan UMNO?"

Berpandukan kepada itu maka siapakah yang lebih terdesak untuk mencapai matlamat mereka? 

Kitalah yang mempunyai kuasa untuk menggagalkan segala rencana jahat puak musuh negara yang mahukan Malaysia ini terpecah kepada tiga bahagian agar senang di perintah secara proksi bagi memulakan ERA PENJAJAHAN PROKSI ZIONIS.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...