Selasa, 4 September 2012

PEJABAT PEGUAM NEGARA TAK PERLU JADI PONDAN.

alt
Ha ha ha ha .... Nyah Berani Lah Sebab Nyah Tahu Pejabat Peguam Negara Sayangkan Nyaah Takut Kena Kutok Dengan Cai-cai Nyahh ...

Insiden bakar,pijak dan berak gambar Ds Najib serta mengibarkan bendera perjuangan komunis 1948  telah dimulakan siasatan oleh PDRM. Sepertimana sebelumnya, setelah siasatan berakhir pihak polis akan mengemukakan kertas  siasatan kepada pejabat peguam negara. Pejabat Peguam Negara akan meneliti kertas siasatan tersebut dan menentukan samada adanya kesalahan yang boleh di dakwa di bawah mana-mana perundangan negara. Kuasa mendakwa terletak di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara.

Sekiranya tidak berlaku pendakwaan jangan salahkan polis atau menteri KDN. Kedua pihak itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa mana -mana individu. Kuasa menteri KDN sudah di kekang dan tersekat bilamana perundangan darurat dimansuhkan. Dulu bolehlah menteri KDN keluarkan arahan menahan mana -mana saspek tanpa bicara di bawah kuasa-kuasa darurat. Nak persalahkan menteri yang jaga undang-undang tak boleh juga kerana kuasa pendakwaan diberikan oleh perlembagaan Malaysia dan tak tertakluk kepada mana-mana menteri. 

Kebiasaannya polis lah dipersalahkan atas alasan kertas siasatan tak lengkap dan tak mencukupi bahan bukti untuk pendakwaan. Sejak PKR memghentam terok Peguam Negara dalam kes liwat Anwar Aib-Brahim Pejabat Peguam Negara kehilangan sifat jantan. Malah Pejabat Peguam Negara menjadi bahan lawak saja dek pakatam jahanam.

Dalam kes pendakwaan ke atas pemimpin pakatam jahanam berkaitan rusuhan BERSIH 3.0 Azmin Ali dengan selamba memtertawakan peguam negara kerana asik membuat pindaan ke atas kertas pertuduhan.

Kenapa Pejabat Peguam Negara begitu takut sekali berhadapan dengan pakatam jahanam sampaikan segala usaha pihak polis jadi sia-sia sahaja. Kita pun tertanya-tanya .. susah sangat ke nak mendakwa pesalah politik nie? Kita semakin hairan kenapa Pejabat Peguam Negara bergitu berlembut dengan pesalah-pesalah politik sehinggakan puak Pakatam Jahanam semakin berani beraksi liar di atas nama Kebebasan Berpolitik? Tak menghormati undang-undang.

Pendakwaraya kanan dan muda di Pejabat Peguam Negara perlu disedarkan oleh pihak JPM , KDN dan Menteri Kehakiman bahawa fungsi dan peranan Pejabat Peguam Negara adalah penting. Jika mereka teragak-agak dan begitu lemah lembut macam sotong dengan kesalahan-kesalahan politik kesannya ialah Jalur Gemilang pun sudah tidak dihormati di tempat awam. 

Satu pertanyaaan kepada Pejabat Peguam Negara pada waktu ini ialah Kenapa bila berkaitan dengan pendakwaan terhadap kesalahan yang di buat Pakatam Jahanam, you people seemed do not care at all ? What's wrong with all of you?

Jika Pejabat Peguam Negara masih teragak-agak dan segan malu untuk mendakwa pesalah-pesalah politik , Jemaah Menteri wajib menyerahkan tugas dan fungsi itu secara 'Fiat' kepada mana-mana peguam kanan yang layak untuk mengambil-alih tugas pendakwaan tersebut. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...