Rabu, 5 September 2012

HAI FAEKAH KALU NAK BOGEL PUN TUNGGU ABANG PINANG DERR ...

Kalau Tak Mampu Jadi Garam Jangan Jadi Langau Ijau Lah Faekah Lalink ... 

Andartu seorang ini kalau buka mulut gerenti membuatkan anda ketawa guling-guling. Nak di katakan tak cerdik, kelulusan akademiknya tinggi melangit. Nak dikatakan ada masaalah mental, dari luar nampak sihat. Nak di kata pandai buat kerja memang sahih beliau tak pandai buat kerja pun. Bila Faekah nak pertahankan tindakan kerajaan Pakatam Jahanam sengaja kesampingkan Sultan Selangor dalam sambutan Hari Kemerdekaan nampak sangat Faekah ini peguam sain kertas kosong je. 

Kesilapan dan kesalahan yang disengajakan oleh pentadbiran Pakatam Jahanam tersebut tak mampu nak di  tutup oleh Faekah. Peliknya, Faekah ini sanggup memperbodohkan dirinya sendiri. Bercita-cita nak menjadi calon macam AAKJ dan RAK. Kerja tak tahu buat tapi sentiasa memperkudakan orang lain untuk raih populariti dan wang ringgit. 

Tapi dah peel Pakatam Jahanam tak akan mengaku kesilapan dan kesalahan sendiri. Pihak lain jugak dipersalahkan macam AAKj dan RAK selalu lakukan. Spesis seperti inilah yang banyak membawa kerosakan kepada perpaduan umat Islam. Kalau dah salah tu mengaku sahaja lah. Kemudian perbetulkan. Ini tidak masih nak mengaku diri tu betul walaupun dah kantoi dan terbogel sendiri. 

Bayangkan kalau Pakatam Jahanam menjadi kerajaan Pusat dan mentadbir Malaysia, setiap saat anda akan dipersalahkan oleh mereka walaupun anda TAK BERSALAH ! 

Pakatam Jahanam berjanji macam-macam dalam Manifesto kemudian menafikannya ianya adalah JANJI YANG PERLU DITUNAIKAN ! Kemudian meroyan pasal Tema Kemerdekaan JANJI DITEPATI. 

Ini ke jenis kerajaan yang anda kehendaki ?
"Sultan pernah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat negeri, cuma saya tidak ingat tahun sambutan berkenaan," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Ditanya sama ada Istana Selangor pada kebiasaannya perlu dimaklumkan mengenai program rasmi kerajaan negeri, Mohamad Munir berkata pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. 
Katanya, Istana berkenaan dimaklumkan walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada baginda.
"...kecuali tahun ini. Istana selalunya dimaklumkan mengenai program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada baginda Sultan sama ada baginda kelapangan untuk menghadirinya.
"Baginda akan memaklumkan kepada saya sama ada baginda ada kelapangan untuk menghadirinya dan saya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri pengesahan berkenaan.
"Tahun ini, kita tidak dimaklumkan. Bagaimana kita nak tahu sama ada baginda mahu menghadirinya atau sebaliknya," katanya dipetik.
Mohamad Munir turut berkata baginda hairan bagaimana Anwar dijemput dan berucap pada majlis itu sedangkan beliau menang kerusi di Pulau Pinang dan "tiada sumbangan" di negeri itu.
"Baginda tidak gembira dengan perkara ini," kata Mohamad Munir lagi.
Faekah dalam kenyataannya semalam berkata, setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan.
"Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri," kata Faekah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...