Rabu, 5 September 2012

TAIM MEMBODEK HISHAMUDDIN HUSSEIN PLAK.

You Tak Salah Bro Menteri ... Pepuak Pakatam Jahanam Yang Salah Kelakuan

Hari tu Hamba dah bodek Rais Yatim. Pada kali ini Hamba nak bodek pula Hishamuddin Hussin ni kira antara Menteri Peberet Hamba lah. Sebab beliau suka senyum walaupun berada dalam tekanan. Antara menteri peberet yang lain ialah Nazri Aziz tapi belum tiba masa bodek kow-kow sebab belum ada isu terkini mengenai beliau. 

Tapi artikel ini bukan mencari gadoh atau hendak tunjuk Hamba ini terlebih pandai dari orang lain. Sekali-kali tidak. Ini sekadar luahan hati dan fikiran hamba yang begitu sedih melihat Pakatam Jahanam memperkotak-katikkan kedaulatan negara dan kemerdekaan negara. 

Papa Gomo dah keluarkan artikel kenapa tak perlu hendak marahkan PDRM dan Hishamuddin Hussein. Alasan yang dikemukan logik lah sebab pada masa peristiwa menyayat hati terjadi kepentingan keselamatan orang awam yang hadir diutamakan. Memang betul lah. Takkanlah FRU dan PDRM nak sembur air . Akan berlakulah kekecohan di ambang sambutan Hari Kemerdekaan. Sedangkan itulah matlamat utama JANJI BERSIH pun. 

Selain dari itu, JANJI BERSIH ini bertujuan untuk menajamkan lagi konflik dalaman sesama kita. Mereka hendak kita salah-menyalahkan di antara satu sama lain berdasarkan kepada TEORI DIALEKTIKA KONFLIK. 

Sebenarnya Hamba dah lama keluarkan artikel amaran tentang kemungkinan berlakunya insiden tersebut tetapi kerana kepala grup AAKJ dan RAK punya pasal, amaran Hamba tu dikesampingkan saja oleh semua orang. Itulah bangangnya kepala grup AAKJ dan RAK. Bila ada yang tak sependapat dan enggan menjadi kuda tunggangan mereka ... mula lah ego mereka melebihi puncak gunung Himalaya. 

Tujuan Hamba keluarkan artikel amaran tersebut agar kepala grup AAKJ dan RAK (yang selalu berlagak pandai sangat dalam serba-serbi) mampu dan boleh lah melakukan gerak kerja efektif untuk menghalang pelbagai insiden yang memalukan terjadi di ambang sambutan Hari kemerdekaan. Kalau sudah terjadi nak buat apa kecoh ? 

Ok lah cukup lah mengkritik kepala AAKJ dan RAK. Kepandaian mereka tak kesampaian pun. Lantak diaorang lah. Lama kelamaan orang akan tahu juga siapa yang benar dan siapa yang salah. Pada hari ini mereka jugalah yang dok menyalak menyalahkan PDRM dan Hishamuddin , apakejadahnya? Seni ke camtu ? Nampak macam lebih kepada syok sendiri.

Pada hari ini dan pada waktu kejadian ramai rakan bloger serta fesbuker marahkan PDRM bersekali dengan Hishamuddin Hussein. Pada malam kejadian adalah seorang sahabat yang masih ingatkan hamba berkomunikasi. Terus terang hamba kata di sini Hamba pun menasihati beliau agar bertenang dan sabar kerana ada orang awam yang turut berada di lokasi. 

Sebenarnya kita tak perlu marahkan PDRM dan Hishamuddin Hussein. Mereka sudah melakukan apa yang terdaya. Kemungkinan besar artikel amaran Hamba tidak sampai ke pengetahuan mereka. Kalau sampai ke pengetahuan mereka mungkin mereka lebih bersedia. 

Apa sebab kita tak perlu nak marahkan PDRM dan Hishamuddin Hussein? Banyak sebabnya. Antara lain;

Pertama:- Akta Perhimpunan Aman sudah berkuatkuasa dan pihak penganjur JANJI BERSIH tidak mematuhi perundangan. Arahan PDRM dan Perintah DBKL tidak diendahkan oleh pengajur JANJI BERSIH. Tapi tindakan itu tidak mencukupi jika tiada usaha berterusan di alam maya untuk mengendurkan semangat mereka. Inilah yang menjadi sebab kedua.

Kedua:  Artikel amaran dikeluarkan hampir sebulan lebih, Tapi sepanjang tempoh 80 hari itu hanya beberapa artikel dikeluarkan untuk melemahkan semangat puak JANJI BERSIH dari meneruskan aktiviti mereka. Jika artikel amaran itu di ambil berat sudah tentu satu kempen besar-besaran yang efektif mampu dilaksanakan seperti mengumpul seramai mungkin ahli dan penyokong BN memenuhi setiap inci DATARAN MERDEKA. 

Ketiga:-  Kenapa dibiarkan saja puak JANJI BERSIH melakukan aktiviti tersebut? Kalau menurut Papa Gomo ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa puak JANJI BERSIH ini memang ganas dan tak bertamaddun. Serta segala perbuatan jahat mereka akan disaksikan oleh ramai rakyat biasa. Ini memberikan kelebihan undi dan mampu meraih simpati rakyat kepada BARISAN NASIONAL. Tapi Hamba yakin itu bukanlah pendapat Papa Gomo cuma Papa Gomo menyampaikan pendapat orang lain sahaja. 

Itulah salah satu kelemahan kita yang tak suka keganasan awam nie. Kita tak berapa nak cakna dengan pergerakan dan cara berfikir Pakatam Jahanam. Kadangkala kita tahu apa yang mereka nak lakukan tapi oleh kerana asbab-musabab tertentu kita membiarkan saja ianya berlaku dengan harapan impak kejadian mampu diraihkan untuk kelebihan undi dan simpati daripada rakyat. Malangnya tak kesampaian juga. 

Kita lebih selesa menyalahkan PDRM dan Hishamuddin Hussein. Itu tak patutlah. Lainkali bila kita tahu Pakatam Jahanam nak mengada-ngada di jalanraya dan buat kecoh , kita kumpul ramai-ramai. Kita penuhi ruang yang ada. Tak perlu apa pun. Kita duduk ramai-ramai dan jangan beri jalan kat depa. 

Realitinya kita semua dah maklum peel penyangak jalanan dan samseng 'Die-Hard' Pakatam Jahanam yang hendak meraih simpati dan belas kasihan, tak buat eskperimen pun tak mengapa sebab buktinya terlalu banyak sejak 1998 lagi. 

Jadi apakah tindakan yang betul perlu kita ambil selepas insiden itu bagi mengagalkan segala matlamat dan objektif JANJI BERSIH?

Solusinya:- 
  1. Kita jangan salah menyalah di antara kita (termasuklah hamba di awal tadi .. he he he ).
  2. Kita jangan salahkan PDRM dan Hishamuddin Hussein,
  3. Kita terus menerus sebarkan keburukan dan kesamsengan yang dilakukan oleh puak Pakatam Jahanam.
  4. Kita hantar memorandum setiap hari ke pejabat BERSIH dan semua ngo-ngo yang terbabit meminta mereka bertanggungjawab dan memohon maaf dengan menicum gambar DS Najib serta membakar Salah Sangka Malaya bendera pengkhianat di tempat awam. 
  5. Setiap hari kita perli dan sindir puak Pakatam Jahanam mengenai kejadian tersebut.
  6. Kita lancarkan kempen SAYANGI & PERTAHANKAN JALUR GEMILANG.
  7. Kita hendaklah sentiasa cakna dan prihatin dengan segala informasi puak cai Pakatam Jahanam
  8. Kita perkuatkan lagi usaha menentang semua dakyah Pakatam Jahanam di mana jua. 
  9. Kita lakukan tekanan dan desakan agar penganjur dan Isham Rais memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana menghasut pelaku mengibarkan Bendera Pengkhianat. 
Solusi lain sila fikirkan sendiri lah tapi jangan lah pula kita bertindak sama seperti puak JANJI BERSIH. 

Kita lakukan tindakan yang lebih cerdik dan efektif serta membawa impak positif kepada kesejahteraan rakyat . Manalah tahu bila rakyat tengok betapa seriusnya pihak kita mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara maka makin bertambah-tambahlah undi keyakinan kepada BARISAN NASIONAL. 

Tak pernah terfikir ker?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...