Paska PRU 12, setelah kehilangan empat buah negeri barulah kita mendengar terma-terma POLITIK MATANG dan POLITIK BARU. Istilah-istilah yang sebelumnya begitu asing kepada kita. Kini istilah-istilah itu dipantakkan ke lubang telinga kita setiap hari selama empat tahun. Macam-macam tafsiran diberikan. Malangnya sehingga ke hari ini, 222 orang ahli Parlimen dan 505 ADUN yang ada masih di peringkat POLITIK GAMPANG BARUA.
Gampang dalam bahasa Melayu bermakna anak luar nikah. Dalam bahasa Indonesia bermakna "Mudah" "Senang". Politik Gampang Barua ini ringkasnya bermakna Politik agresif bersifat destruktif yang mengambil jalan mudah dan senang untuk menang dan membaruakan rakyat.
Gampang dalam bahasa Melayu bermakna anak luar nikah. Dalam bahasa Indonesia bermakna "Mudah" "Senang". Politik Gampang Barua ini ringkasnya bermakna Politik agresif bersifat destruktif yang mengambil jalan mudah dan senang untuk menang dan membaruakan rakyat.
Segala para jejuak, cacai, balaci, barua dan jadham kepada pemimpin-pemimpin kecil di peringkat caawangan dan bahagian masih bersikap gampangan kebaruan. Terbantutlah perkembangan minda rakyat dengan pelbagai asakan isu-isu bangang-bangang belaka.
Walhal pentadbiran DS Najib sudah pun memperkenalkan Polisi Transformasi Kerajaan (GTP). Memberikan garispanduan keberkesanan melalui NKRA dan NKEA. Memperkenalkan KPI bagi mengukur sejauhmana kejayaan dan pencapaian ahli politik berbayar gaji dan elaun yang menikmati pelbagai jenis sedekah permit AP melaksanakan fungsi yang diamanahkan kepada mereka.
Kesemuanya ini bagi mencipta bibit-bibit budaya Politik Matang. Agak malang kerana masih ada segelintir pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian agak enggan bertransformasi. Kelompok kecil pengacau tersebut masih mengamalkan politik gampangan barua.
Kesemuanya ini bagi mencipta bibit-bibit budaya Politik Matang. Agak malang kerana masih ada segelintir pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian agak enggan bertransformasi. Kelompok kecil pengacau tersebut masih mengamalkan politik gampangan barua.
Ada sesetengah ketua cawangan bergiat aktif dalam grup pejuang maya untuk menaikkan populariti mereka. Ada yang membela 'polong-polong Tak Bertuan' dan ada yang pergi lebih jauh dari itu dengan memperhambakan para pejuang maya untuk kepentingan diri dan poket mereka sendiri. Inilah bahayanya budaya Politik Gampangan Barua.
Kadangkala mereka ini turut di bantu oleh pegawai-pegawai kerajaan (ada la sekur dua berok yang begitu) yang nampak 'lobang duit' untuk memperhebatkan KPI mereka. Bukan sahaja berlaku di pihak BN tetapi turut berlaku di pihak Pakatam. Kelompok ini cukup pandai berlakun dan memainkan peranan mereka. Gerak kerja kelompok tak bertanggungjawab ini seringkali menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan yang jujur dan komited di anak tirikan.
Mereka tidak membantu membina satu masyarakat wasatiyah yang sihat kepala otak dan bersikap sederhana. Apa yang berlaku ialah pembinaan kepala otak memberontak dan sikap agresif yang destruktif.. Mereka membina rangkaian yang mampu memperbodohkan rakyat dalam apajua isu-isu bertaraf sampah dalam bentuk gosip liar dan persepsi bahlol. Tidak ada isu yang diselesaikan mahupun sebarang jalan penyelesaian mantap diberikan.
Amat jarang kita melihat dalam sebarang isu berbangkit ada mempunyai jalan penyelesain terbaik buat semua pihak berdasarkan semangat perpaduan dan kerjasama. Yang ada hanya mengajar rakyat salahkan pihak itu dan salahkan pihak ini. Yang ada hanya serangan-serangan agresif berbentuk dendam peribadi yang menuju kepada kehancuran. Ini tidak membina dan mendidik rakyat berpolitik secara matang.
Kita sudah mencapai kegemilangan pada tahun-tahun 80an dan 90an dan sedang menuju ke puncak gemilang. Menyedari hal itu pentadbiran DS Najib sedar bahawa perlunya membawa rakyat kepada budaya Politik Matang dan bukan mengekalkan status-quo dalam politik gampangan barua.
Membangkitkan dan mencetuskan suatu kesedaran di kalangan rakyat jelata peri pentingnya Politik Matang memerlukan suasana kondusif. Ini boleh dicapai bila mana budaya Politik Gampangan Barua di buang terus.
Politik Matang mengajar kita bagaimana hendak menyalurkan pendapat dan meluahkan ketidakpuashati secara kontstruktif (membina). Tidak berpihak dan tidak cenderung dengan motif-motif berniat jahat dan curang seperti demonstrasi BERSIH.
Salah satu unsur terpenting dalam Politik Matang ialah mengurus perbezaan pendapat dan mengimbangi segala kepentingan berbeza-beza. Bagi mencapai itu pemimpin dan rakyat mestilah diajarkan mengenai nilai pengorbanan dan saling berkorban kepentingan diri sendiri demi kepentingan umum yang lebih besar. Sanggup mendengar dan sanggup pula berusaha bagi mencari dan melaksanakan solusi kepada permasaalahan. Meninggalkan terus budaya cabar-mencabar di antara satu sama lain. Londeh melondehkan di antara satu sama lain. Tak mendatangkan sebarang faedah yang membawa manafaat kepada orang ramai jika diteruskan begitu.
Politik Matang memerlukan rakyat dan pemimpin mempunyai ilmu tinggi. Di samping berpengalaman luas serta pernah melakukan apa yang dituturkan. Bukan hanya beretorik mengenai teori sahaja. Adalah mustahil bagi rakyat dan pemimpin negara ini mencapai kegemilangan jika masih beretorik dan bergantung harap kepada barua-barua mencipta isu-isu bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat.
Jika kelompok tersebut gagal melaksanakan apa yang diimpikan oleh DS Najib maka kitalah sepatutnya mengambil tanggungjawab itu dan mengajar kelompok tersebut erti sebenar Politik Matang.
Wajarlah bagi kita melepaskan diri daripada Budaya Politik Gampangan Barua. Mulakan langkah dengan tidak menjadi barua kepada sesiapa pun seperti PAS menjadi barua kepada DAP kafir harbi. Manakala Dewan Ooolamah PAS menjadi gampang kerana membisu seperti setan bissu' dalam soal akidah dan silaturrahim.
Wajarlah bagi kita melepaskan diri daripada Budaya Politik Gampangan Barua. Mulakan langkah dengan tidak menjadi barua kepada sesiapa pun seperti PAS menjadi barua kepada DAP kafir harbi. Manakala Dewan Ooolamah PAS menjadi gampang kerana membisu seperti setan bissu' dalam soal akidah dan silaturrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan