Khamis, 5 April 2012

SELANGOR KUI- PARASIT PAS LAWAN TOKEH DRAKULA PKR.


PKR 15 kerusi . PAS 8 kerusi sahaja. DAP 13 kerusi. Kelebihan kerusi antara PKR dan DAP berbanding PAS ialah seperti berikut:-

PKR lebih 7 kerusi sahaja.
DAP lebih 5 kerusi sahaja.

Bila di kaji balik ternyatalah kelebihan kerusi PKR dan DAP tersebut banyak di bantu oleh penyokong PAS. Jika tidak di sokong oleh penyokong PAS , sampai kiamatlah PKR dan DAP mampu ada kelebihan kerusi yang disebutkan itu. 

Hanya dengan kelebihan kerusi yang tak seberapa tersebut, PAS diberikan satu jawatan EXCO sahaja berbanding dengan PKR dan DAP yang membolot semua jawatan EXCO penting. Adil ke kepada PAS?

Bayangkan kalau PAS bawa 8 kerusi itu dan isytihar sokong BN yang ada 20 kerusi apa jadi kepada DAP dan PKR ? Kita tengok ....

BN 20 + PAS 8 =      28 KERUSI  / 56
PKR 15 + DAP 13 = 28 KERUSI / 56 

Ahli Bebas 1 kerusi. 

Jelaslah kedudukan PAS adalah penting tapi sumbangan PAS kepada PKR dan DAP tidak di pandang langsung oleh PKR dan DAP. Malah PAS sendiri pun tak pandai nak manipulasikan kedudukannya Tidakkah PAS telah mengecewakan para pengundi yang menaruh harapan besar kepada PAS?

Bagaimana pula dengan para pengundi yang mengundi DAP kerana menyokong PAS? Tidakkah ini menyebabkan para pengundi tersebut berganda-ganda kecewanya ? Kan molek kalau mereka mengundi sahaja BARISAN NASIONAL dah tentu ianya memberikan kemenangan dan penguasaan besar kepada undi Melayu Selangor.

Khalid G yang dah jadi buntu dan pusing kepala nak menipu umat Islam dalam isu murtad telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas mengawal pergerakan Jabatan Agama Islam Selangor. Satu perkara yang tak pernah terjadi di Selangor dan melanggar semua perundangan yang ada.

Dr Rani parasit PAS telah di lantik menjadi Ketua Jawatankuasa tersebut. Kenapa yah? Hamboi, sebuah  parti sekular mengawal selia sebuah parti yang bawa nama Islam? Siapa yang jadi bos dan siapa yang kuli nie? Inilah yang hamba katakan tadi, PAS ni tidak dihormati langsung oleh PKR dan DAP walaupun hakikatnya PAS ini amat penting kepada PKR dan DAP. Kalau hamba ni Presiden PAS lah , Hamba bawa keluar semua ADUN PAS dari pakatan drakula PKR DAP , dan isytihar beri kepercayaan kepada BN.

Biar dirasanya oleh DAP dan PKR hilang jawatan EXCO dan kuasa dalam sekelip mata sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...