Khamis, 5 April 2012

SELANGOR-KU MENJADI SELANGOR-KUI RAMAI JADI DRAKULA & HANTU.

SELANGOR KU ... kini sudah tukar lah .. jadi SELANGOR-KUI (SELANGOR HANTU) sebab ramai menjadi hantu dan drakula menghisap darah rakyat. Baiklah kalau setakat cakap tarak guna kalau tidak disertakan dengan bukti dan fakta. Persepsi tak mainlah , itu mainan para hantu jembalang di bawah perintah dan tunjuk ajar Drakula PKR-DAP-PAS. Dimanakah bukti-bukti dan fakta-fakta tersebut yang menjadi dasar kepada kesimpulan SELANGOR-KU menjadi SELANGOR-KUI yakni di mana para pemimpin PKR DAP PAS menjadi hantu dan drakula memeras dan menzalimi rakyat dalam diam-diam.

FAKTA.

Sebelum PRU 12, DAP-PKR-PAS memberikan gambaran bahawa mereka menubuhkan PAKATAN RAKYAT. Tetapi bila bertanding ketiga-tiganya tidak bertanding di atas tiket PAKATAN RAKYAT sebaliknya bertanding di atas kapasiti parti politik memasing. Apabila berlaku komposisi kemenangan bilangan kerusi yang tidak seimbang di antara ketiganya, terdapat kesukaran ketiganya membuat satu konsensus bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang efektif dan berkesan serta konsisten.

KES STUDI.

PERAK, di Perak DAP telah memenangi bilangan kerusi lebih banyak daripada PAS dan PKR. Tetapi bilangan itu tidak mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Berlaku vakum pada waktu itu apabila DAP PAS PKR tidak dapat membuat keputusan segera bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. DAP berkeras mahu melantik wakilnya menjadi Menteri Besar sedangkan Undang-undang Tubuh Negeri ('Tubuh" di sini merujuk sebagai katakerja dan bukan katanama, 'Tubuhkan Negeri") Sehinggalah Sultan Perak mengusulkan agar DAP PAS PKR jika mahu menubuhkan kerajaan hendaklah membuat Perjanjian Bertulis. DAP PAS PKR meneruskan penipuan kepada rakyat kononnya PAKATAN RAKYAT punya kerajaan. Podah! Apabila berlaku 'Lompat Parti' maka gugurlah keesahan / legitimasi Perjanjian Bertulis tersebut, maka Barisan Nasional yang mempunyai bilangan majoriti mudah boleh mendirikan kerajaan menggantikan kerajaan sebelumnya. Cuma ramai yang agak terkeliru dengan situasi tersebut. 

SELANGOR, PKR memenangi jumlah kerusi yang terbanyak. Bilangan kerusi DUN Selaingor ialah 56. Barisan Nasional mempunyai 20 kerusi. PKR 15 kerusi. DAP 13 kerusi. PAS 8 kerusi. Bebas (1) di atas kelicikan penipuan dan propaganda sebelum PRU 12, semua menyangka bahawa kerajaan negeri Selangor ialah kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak. Legitimasinya ialah bilangan kerusi yang dimenangi oleh PKR DAP PAS melebihi 20 kerusi BN. Oleh kerana PKR (15) mempunyai bilangan kerusi yang lebih tinggi daripada DAP (13) dan PAS (8) maka MB daripada PKR. Itu saja. Hakikatnya kerajaan negeri Selangor sekarang bukan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya adalah sebuah kerajaan campuran PKR DAP PAS. Ketiganya tidak berfikir dan bertindak sebagai satu entiti tetapi bertindak di atas kapasiti masing-masing. Sebab itulah sekarang ini keadaan di Selangor amat sukar.

Selebihnya hamba minta pembaca fikirlah sendiri dan pertimbangkan sendiri. Apa guna mempunyai kerajaan berdasarkan kepada idealisma dan cara PKR DAP PAS? Kita nak sebuah ENTITI seperti BARISAN NASIONAL. Semua kepentingan rakyat dari pelbagai lapisan dan iltizam politik mampu disatukan di bawah satu ENTITI bukannya nampak seperti bersatu tapi membawa haluan sendiri seperti berlaku pada PKR DAP PAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...