Apabila FMT meminta Azmin Ali memberikan penjelasan mengenai hasrat akar umbinya di cabang Ampang tempohari, kita menjangkakan Azmin Ali akan mengeluarkan kata-kata yang setaraf dengan slogan intergriti, ketelusan, kredibiliti ikutan PKR Drakula. Amat memeranjatkan kerana jawapan Azmin Ali langsung tidak mencerminkan kesemuanya itu, Sebaliknya Azmin Ali memberikan jawapan yang mengguris hati akar umbinya sendiri seperti berikut:-
‘Hanya yang buta dan tuli percaya fitnah itu’.. itulah jawapan Azmin Ali ! Wah bongkak dan angkuhnya pemimpin PKR kepada akar umbinya sendiri.
Ini membuatkan kita berfikir sejenak, jika Kak Ijat boleh meletakkan jawatan kerana mengamalkan sikap telus dan membuktikan beliau seorang pemimpin yang ada intergriti dan kredibiliti , kenapa Azmin Ali tak mampu melakukan perkara yang sama seperti Kak Ijat?
Adakah pada pandangan para pemimpin PKR, mereka semuanya adalah suci dan bersih hanya semata menjawat jawatan penting dalam PKR? dari jawapan Azmin Ali ni jelaslah kepada kita bahawa pemimpin PKR melayani akar umbi mereka dengan kasar dan biadap.
Selama ini pemimpin PKR mengatakan pemimpin UMNO dan BN adalah bongkak, elitis, sombong dan angkuh. Pada hari ini kita melihat sebaliknya berlaku dan ternyata pemimpin PKR meletakkan diri mereka melebihi Tuhan dan setaraf dengan Dewa.
Barulah kita faham kenapa sejak 4 tahun lepas, ramai ahli PKR cabut lari dan meninggalkan PKR. Kita juga faham kenapa selama ini PKR drakula telah membuli PAS tetapi amat takut dengan hantu lompat Cina DAP.
Kalau dengan akar umbinya sendiri yang menjadi tulang belakang PKR dikatakan Azmin Ali sebagai BUTA DAN TULI sudah tentu layanan yag lebih teruk bakal di terima oleh rakyat jelata yang bukan ahli PKR drakula. Cara nak selamatkan diri daripada PKR drakula ialah dengan mengundi BARISAN NASIONAL sebagai pengajaran kepada kesombongan sikap bangsawan elitis PKR.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan