OMBAK RINDU, filem romantika tragis yang telah berjaya memecah semua tembok dinding dan rekod panggung. Kisah yang diadaptasikan daripada novel. Jalan ceritanya biasa tapi oleh kerana ianya banyak berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia maka cerita itu amat menyentuh hati dan perasaan masyarakat di Malaysia. Seolah-olah masyarakat sedang menonton dan melihat apa yang pernah brlaku dalam kehidupan mereka. Besh kan bab kisah cintan cintun mintun badminton. Seorang kawan pernah berkata secara berseloroh pada hamba dulu sewaktu beliau menyindir hamba yang masih solo molo suci bersih tulus lagi mulus, "Cinta ini Jas, macam main badminton acara beregu campuran dan kadangkala macam main bola dalam piala Eropah" Alarh bukan hamba takut bercinta tapi cinta yang takut kat hamba. Seorang kawan lagi yang selalu putus bercinta (tapi sekarang dah ok lah) pernah cakap ' Jas sakit nya bercinta ini lebih sakit dari sembilu di hiris seribu mata pedang' Ya la tu macam lah beliau pernah di hiris dengan seribu mata pedang. Ada orang beruntung dalam bercinta dan ada pula yang tak berapa nak 'ong' bak dalam bercinta. Biasalah, dah namanya hidup. Bagi manusia yang kureng vitamin 'C' tapi terlebih oberdos vitamin 'J' (juang) alangkah bertuahnya manusia yang menjadi pencinta nie kan. Betapa mudahnya wanita jatuh cinta kepada manusia seperti itu. Macam watak Aaron Aziz lah, walaupun dah balun tapi watak Maya Karin masih nak jugak. Kesian kat watak Bront Palare. Agak-agak watak anda?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan