Ahad, 1 April 2012

MANGSA TERBARU AZMIN ALI DALAM PKR ... CUBA TEKA SIAPA????


Semua orang tahu di dalam PKR ni ada macam-macam kem. Kem Azmin Ali , kem Wan Jijah & Nurul Izzah, kem Shamsul Iskandar, kem Khalid G & Faekah, kem Anwar Ben Israel, kem Elizabeth Wong, kem Tian Chua, kem Xavier Jayakumar, kem Syed Hussin Al Attas dan macam-macam kem ada. Tengok sajalah pemilihan PKR pada 2010. Penuh dengan macam-macam drama. Kerusi dan meja pun turut mengundi.

Rafizi ini mula mendapat perhatian Anwar Ben Israel masa mendapat anugerah cemerlang di MCKK sekitar tahun 1990an. Masa tu Rafizi masih budak lagi lah. Masih jambu. Memikat hati si Anwar .. playboya. Pernah lah masa Rafizi ini belajar di London dulu si Anwar sanggup bergegas jumpa Rafizi bila Rafizi mintak talong. Hamboi, dasat kan? Anih bagaimana Anwar boleh bergegas ke London semata-mata kerana Rafizi.

Anwar juga menaja majlis makan bagi meraikan perkahwinan Rafizi baru-baru ini. Majlis diadakan di rumah kediaman Anwar sendiri. Belum pernah lagi ada mana-mana otai PKR menerima layanan istimewa tersebut. Ada yang jemput Anwar datang kenduri kawin mereka pun Anwar tak datang .

Sejak dua menjak ini asik muka Rafizi je la di usung dek Anwar. Rafizi menjadi harapan kepada Anwar untuk mengetuai AMK tetapi Shamsul Iskandar tak bagi laluan. Sampai sekarang Shamsul Iskandar diabaikan oleh Anwar.

PKR tidak berada dalam keadaan selesa kerana perebutan kuasa dan jawatan di antara mereka begitu parah. PKR tidak dapat mengendalikan dan menguruskan semua konflik peribadi dan dalaman mereka dnegan baik. Mereka cuma mengharapkan kepada fitnah-fitnah yang berterusan terhadap UMNO sahaja.

PKR tidak mampu menerajui Pakatanista jika menang dalam PRU 13. Jika PKR tak mampu, PAS lagi lah tak mampu .. dah tentulah DAP akan berkokok dan menjadi TUAN BESAR!.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...