Ahad, 1 April 2012

BILAKAH PKR-DAP-PAS AKAN BERTAUBAT DARI MELAKUKAN FITNAH MEGA TOLOL?


Pekerjaan sia-sia (lagho) ialah menabur fitnah untuk menutupi kebenaran sesuatu perkara. Itulah yang dilakukan oleh persengkongkolan haram PKR-DAP-PAS dalam menyebarkan fitnah mega melalui media sosial di alam siber. Fitnah mega tersebut begitu jijik dan tidak mampu mendatangkan sebarang faedah kepada agama bangsa dan negara. Fitnah mega ciptaan PKR-DAP-PAS bermatlamat membangkitkan kebencian kepada UMNO,, BARISAN NASIONAL, DS Najib dan DS Rosmah semata-mata.

PKR-DAP-PAS semakin galak menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan persepsi negatif yang menggerunkan. Kononnya Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah dengan cara menipu, menindas dan menzalimi rakyat. Kononnya Barisan Nasional adalah korup. Jentera kerajaan adalah korup. Polis korup, SPR korup.Itu korup ini korup sampaikan makcik yang jual karipap pun korup juga

PAS menakut-nakutkan rakyat dengan janji surga dan neraka. Menakutkan rakyat dengan mati kafir dan mati dalam Islam. Menakutkan rakyat dengan soal assobiyah. Menakutkan rakyat dengan memperalatkan agama. Menakutkan rakyat dengan hudud. Menakutkan rakyat dengan kefahaman jika undi PAS di jamin surga. Walhal Islam itu mudah tapi bukanlah boleh dipermudahkan sepertimana yang dilakukan oleh PAS.

DAP menakut-nakutkan pengundi Cina melalui hasutan-hasutan halus dan berbaur perkauman tegar. Hasutan paling celaka yang disebarkan oleh DAP kepada komuniti Cina ialah jika undi Barisan Nasional undi itu adalah untuk orang Melayu.

Hasutan kedua paling celaka yang disebarkan oleh DAP ialah Melayu tanpa UMNO tidak akan terjejas kepentingan mereka. Bohong ! Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak (semasa DAP membonekakan PAS). Lihat sahaja bagaimana DAP menghasut persatuan Dong Zho membuat tuntutan-tuntutan yang melampaui batasan.

Hasutan ketiga paling celaka yang disebarkan oleh DAP ialah usaha sabotaj mereka terhadap polisi-polisi pengagihan kekayan negara di antara kaum.DEB dikatakan sebagai alat UMNO memperkayakan pemimpin dan pengikut nya sendiri. DEB dikatakan polisi menindas kaum Cina. Walhal kaum Cina semakin hari semakin menguasai bidang ekonomi.Kalau betul dakwaan DAP tersebut sudah tentu pada hari ini setiap bidang ekonomi dikuasai oleh orang Melayu.itu tidak berlaku pun.

PKR pula menakut-nakutkan rakyat dengan dakyah dan fitnah harga barang naik melambung tinggi jika Barisan Nasional menang.Peliknya harga-harga barang keperluan di semua negeri di bawha pentadbiran PKR DAP PAS tak pernah turun pun.Sebaliknya pelbagai masalah baru timbul akibat kelemahan pentadbiran PKR -DAP-PAS.

Selepas PRU 12 sehingga kini, Pakatan PKR-DAP-PAS asik berpolitik daripada menyelesaikan masaalah rakyat. Setiap hari kelemahan mereka semakin ketara dan tiada nampak sebarnag tanda mereka akan berubah, Buat apa nak tunggu lagi 5 tahun atau 50 tahun untuk menyedari kesilapan mempercayai mereka? PRU 13 ini sila lah hukum mereka sebagaimana anda telah menghukum Barisan Nasional pada PRU 12. Anda mampu melakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...