Ahad, 1 April 2012

INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN, AHLI PAS MENINGGAL PASANG BENDERA PARTI, PAS DINASIHATKAN SALAHKAN BULUH BUKAN TNB.

Apa Agaknya Salah Tiang dan Kabel Bervoltan Tinggi TNB tersebut?
Adakah Tiang dan kabel berkenaan tak dapat masuk sorga PAS ?

AL-FATIHAH * INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN. 
Kepada roh arwah dua orang ahli PAS yang meninggal dunia akibat terkena renjatan eletkrik apabila buluh yang digunakan oleh mereka untuk memasang bendera PAS terkena kabel bervoltan tinggi. Kedua-dua ahli PAS tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. 

Alkisahnya, Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.



Komen JS: Ajal dan maut adalah ketentuan Allah Ta'ala jua. Kita bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kedua arwah tersebut. Namun yang tak berapa sedapnya ialah pepuak PAS mula mempersalahkan TNB di atas kejadian tersebut. Pelik lah juga dakwan pepuak PAS tersebut. Apa kena mengena TNB pula? TNB cuma memberikan perkhidmatan membekalkan tenaga elektrik. Dan semua  sudah amat maklum berada berdekatan dengan mana-mana tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi adalah amat merbahaya. Sebelum ini pun pernah terjadi di mana seorang remaja terkena renjatan elektrik akibat galah pengait kelapa sawitnya terkena kabel elektrik TNB. 

Lagipun yang mengupah kedua arwah mangsa renjatan elektrik tersebut bukan TNB tetapi PAS. Logiknya, PAS lah yang wajib bertanggungjawab ke atas insiden dua orang arwah tersebut. TNB tak paksa dan tak suruh pun PAS arahkan kedua arwah tersebut mencari nahas sendiri dengan memasang bendera PAS di tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi. 

Memang dah tabiat semulajadi PAS dan Pakatanista amat suka melepaskan diri dari kesan kejahatan dan kesalahan mereka sendiri. Pihak lain yang takde kena mengena pula dipersalahkan oleh mereka. Tabiat ini lebih cenderung kepada amalan assobiyah.

Setakat ini takde pun sebarang maklumat dan bukti bahawa PAS dan kedua arwah tersebut ada memaklumkan dan meminta izin daripada TNB untuk pasang bendera PAS di tiang elektrik yang membawa kabel bervoltan tinggi. Kalau TNB tahu mengenainya dah tentulah TNB akan melarang perbuatan tersebut kerana ianya amat merbahaya. 

Tak wajar dan sungguh tak masuk akal lah kalau PAS masih berdegil hendak menyalahkan TNB di atas insiden tersebut yang berpunca dari kesilapan PAS sendiri. Hamba terfikir juga adakah ini petanda alamat isyarat bahawa PAS PKR dan DAP bakal ditamatkan riwayat kewujudan mereka di persada arena politik tanahair ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...