Ahad, 1 April 2012

INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN, AHLI PAS MENINGGAL PASANG BENDERA PARTI, PAS DINASIHATKAN SALAHKAN BULUH BUKAN TNB.

Apa Agaknya Salah Tiang dan Kabel Bervoltan Tinggi TNB tersebut?
Adakah Tiang dan kabel berkenaan tak dapat masuk sorga PAS ?

AL-FATIHAH * INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN. 
Kepada roh arwah dua orang ahli PAS yang meninggal dunia akibat terkena renjatan eletkrik apabila buluh yang digunakan oleh mereka untuk memasang bendera PAS terkena kabel bervoltan tinggi. Kedua-dua ahli PAS tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. 

Alkisahnya, Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.



Komen JS: Ajal dan maut adalah ketentuan Allah Ta'ala jua. Kita bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kedua arwah tersebut. Namun yang tak berapa sedapnya ialah pepuak PAS mula mempersalahkan TNB di atas kejadian tersebut. Pelik lah juga dakwan pepuak PAS tersebut. Apa kena mengena TNB pula? TNB cuma memberikan perkhidmatan membekalkan tenaga elektrik. Dan semua  sudah amat maklum berada berdekatan dengan mana-mana tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi adalah amat merbahaya. Sebelum ini pun pernah terjadi di mana seorang remaja terkena renjatan elektrik akibat galah pengait kelapa sawitnya terkena kabel elektrik TNB. 

Lagipun yang mengupah kedua arwah mangsa renjatan elektrik tersebut bukan TNB tetapi PAS. Logiknya, PAS lah yang wajib bertanggungjawab ke atas insiden dua orang arwah tersebut. TNB tak paksa dan tak suruh pun PAS arahkan kedua arwah tersebut mencari nahas sendiri dengan memasang bendera PAS di tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi. 

Memang dah tabiat semulajadi PAS dan Pakatanista amat suka melepaskan diri dari kesan kejahatan dan kesalahan mereka sendiri. Pihak lain yang takde kena mengena pula dipersalahkan oleh mereka. Tabiat ini lebih cenderung kepada amalan assobiyah.

Setakat ini takde pun sebarang maklumat dan bukti bahawa PAS dan kedua arwah tersebut ada memaklumkan dan meminta izin daripada TNB untuk pasang bendera PAS di tiang elektrik yang membawa kabel bervoltan tinggi. Kalau TNB tahu mengenainya dah tentulah TNB akan melarang perbuatan tersebut kerana ianya amat merbahaya. 

Tak wajar dan sungguh tak masuk akal lah kalau PAS masih berdegil hendak menyalahkan TNB di atas insiden tersebut yang berpunca dari kesilapan PAS sendiri. Hamba terfikir juga adakah ini petanda alamat isyarat bahawa PAS PKR dan DAP bakal ditamatkan riwayat kewujudan mereka di persada arena politik tanahair ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekor lagi mati katak masih tak serik mat libya di memali mati katak dikatakan mati syahid tak pernah serik puak ni kena tipu ngan ulamak haprak pas....mati katak oh mati katakkk kah kah bodo bodo

Tanpa Nama berkata...

jangan kate g2 sedare,, kita sesama Islam sebaiknya saling mendoakan sesama Islam,,,, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah,, Alfatihah

rimau

Tanpa Nama berkata...

PR kehilangan dua undi,SPRM cepat padam nama mereka dari senarai pemilih, sebelum jadi pengundi hantu.agak-agak puak-puak pr ni akan menyalahkan siapa?

Tanpa Nama berkata...

Dah ajal dia nak buat macamana, bukankah itu mati sia sia ja. lain kali fikirlah bebaik yang hidup tu jadikan iktibar, boleh ke N.ajis dan PAS bayar ganti rugi atau bagi duit pampasan bulanan pada keluarga mangsa jangan padai mengarah ja tapi bila terjadi trajidi semua senyap sepi. keluarga yang menanggungnya.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah.....kita doakan yang terbaik bagi kedua mangsa..Pada pencacai2 PAS dan ahli Politik pula ambilah iktibar jangan kita asyik mendoakan kemusnahan pada UMNO kot kelak DOA DAN SOLAT HAJAT makan TUAN.Dalam ceramah dan berkempen itu jaga tutur bahasa takut nanti tengah2 kutuk kena kejutan letrik atau panah petir.

Tanpa Nama berkata...

sekor lagi mati katak masih tak serik mat libya di memali mati katak dikatakan mati syahid tak pernah serik puak ni kena tipu ngan ulamak haprak pas....mati katak oh mati katakkk kah kah bodo bodo pacak bendera PKR dan DAP skali bodo bodo malas nak sedekah fatihah kat mangkok ni

al-zarqawi berkata...

Sepatutnya rasa kasihan tetapi hukum mereka yg keluar menentang ulu amri itu amat jelas termasuklah golongan yg pasang panji2 gerakan fahaman khawarij.

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]

Tanpa Nama berkata...

semua salah umno... (otak anwar)

Tanpa Nama berkata...

beza antara perjuangan Islam dan perjuangan PAS... Lepas ni jangan ada pulak yang nak pasang bendera parti kat cable letrik pulak.

Tanpa Nama berkata...

ambo ingat bukan salah TNB la tu, tapi salah UMNO kerana benarkan TNB menyalurkan bekalan eletrik kat kampung mereka. Tak percaya tanya wali terompah jamban. kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

KOSMO 1 ApriL 2012

TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

-------------------------------------------------

Bila sebut arwah Rosli tu ..sebagai pegawai JASA ...... adakah orang UMNO atau orang PAS? Sila selidik dulu baru hentam tak tentu hala... kerana pulut santan binasa....

Tanpa Nama berkata...

Walau apa anutan parti mereka, kita sesama Islam adalah bersaudara. Bersamalah kita mendoakan semoga mereka diampuni dan dirahmati oleh Allah. Al-Fatihah

- Ahli UMNO Kawasan Sekijang -

Tanpa Nama berkata...

Puak pencacai UMNO ni mana tahu bezakan antara yg batil ataupun yg haq, yg depa tahu hanyalah makan makanan yg bernanah n najis, sbb tu mereka suka hentam membuta tuli tanpa mencari fakta terlebih dahulu. Pada keluarga arwah, tazkiah diucapkan, pada kaum pencacai ni, hamba rasa korang belajarlah balik dgn murid2 tadika agar tahu erti HORMAT n BERKATA BENAR.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Khawarij-kah orang Islam dari PAS, PKR, dan lain-lain bila menolak persengkokolan dengan kemungkaran dan kezaliman UMNO selama ini? Anti-perpaduan-kah PAS, PKR bila tidak mendokong pengkhianatan UMNO?

Penggunaan definisi ‘khawarij ‘terhadap bukan UMNO dalam konteks politik UMNO amatlah meragukan kejujurannya!
(Nota: kaum khawarij adalah golongan pelampau bidaah /ghuluw yang memisah diri dari jamaah Islam & kepimpinan khalifah Islam di Negara yang berperlembagaan Syariah)

Pentafsiran dangkal sesetengah ilmuan Islam UMNO terhadap perjuangan PAS menolak kepimpinan UMNO sebagai ‘anti-perpaduan’ atau ‘anti-pembangunan’ dengan perumpamaan kaum khawarij yang menginkari terhadap Kepimpinan Khalifah Kerajaan Islam dizaman Sayidina Ali bin Abi Talib KWJ adalah merupakan kecuaian intelektual serius dan semangat khurafat assobiyyah yang mendalam. Apakah kepimpinan sekular assobiyyah feudo-capitalist UMNO hari ini setaraf dengan Kepimpinan Khalifah Kerajaan Islam Sayidina Ali bin Abi Talib KWJ?

Golongan yang memiliki ilmuan Islam dalam UMNO perlu muhasabah prinsip perjuangan mereka yang ‘gigih’ membela dan mempertahankan kepimpinan pasik UMNO itu! Apakah sesuatu yang syarie membiarkan diri diperkudakan oleh ketua2 pasik & zalim UMNO untuk menentang arus perjuangan dan kebangkitan Islam selama ini?

Tanpa Nama berkata...

Pegawai JASA adalah pegawai khas agama dan propaganda UMNO bagi menangkis hujjah PAS.

Mungkin arwah berdua sedang naikkan/pasang bendera "Dacing" atau "Keris Telanjang" la tu ... berkorban demi UMNO!

jamil khir, masitah, harussani, md noor deris, tokguru geting, dll tentu boleh isytihar ... SHAHID atau TIDAK?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...