Beginilah , adalah mustahil sistem pilihanraya kita ini adalah seperti yang di dakwa oleh Jawatankuasa BERSIH. Jika ianya benar maka pada hari ini satu kerusi pun PKR DAP PAS tak mampu menangi. Penipuan oleh SPR ? Buat apa SPR nak menipu pun? Ada faedah ke kalau SPR menipu ? SPR tak bertanding pun dalam pilihanraya. Ada ke parti politik nama SPR?
Satu perkara yang perlu kita ingat ialah pendaftaran pemilih bukan dilakukan oleh SPR sahaja. Pendaftaran pemilih terutamanya pindahan pemilih ke lokaliti Pusat Mengundi dilakukan oleh parti politik juga. Yakni parti yang akan bertanding di dalam pilihanraya. Jadi bolehkah kita mempercayai 100% apasaja yang dijadikan bukti oleh PAS DAP PKR kononnya ada penipuan dengan 'print screen' semakan online SPR?
Ada banyak kemungkinannya tau. Kalau setakat print screen ini macam-macam boleh di editkan semula. Ok lah katakan tak di edit, tak ke anda hairan bagaimana butiran individu pemilih itu diketahui dengan tepat? Pemilih ada 12 juta tau. Semakan online SPR hanya berkisar kepada tempat mengundi anda sahaja. Kita sendiri tahu berapa ramai yang berkongsi nama sama dengan ejaan sama.Ini disahkan dengan perbezaan angka pada nombor kad pengenalan. Dah tentulah maklumat tersebut diketahui oleh PKR atau DAP atau PAS kerana mereka jugalah yang sengaja membuat pendaftaran yang salah dan pemindahan pemilih tersebut. Gilo ke nak semak 12 juta nama pemilih satu persatu ???
Mengenai masa kempen selama 21 hari pula. Tahukah anda sebab musabab tempoh kempen 21 hari itu dibatalkan dulu? Ini kerana pengalaman pahit tragedi 13 Mei 1969, di mana DAP menggunakan kesempatan selama 21 hari itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Lagipun sekarang zaman internet. maklumat cepat sampai. malah setiap hari PKR DAP PAS dok berkempen di fesbuk dan di laman sosial. Tak termasuk hantar macam-macam sms.Maklumat hanya di hujung jari jek. Itu belum masuk bab sembang kedai kopi lagi.
Kita semua maklum bahawa PKR DAP PAS sejak 4 tahun lepas setiap bulan setiap minggu setiap malam buat ceramah politik di sana sini. PAS setiap hari di masjid-masjid kariah. Tempoh berkempen 21 hari pada zaman teknologi maklumat amat maju tak memberikan kesan dan impak besar pun. Buang apa kos dan masa jika ianya tak menjejaskan apa-apa pun? Iya tak ?
Dari 8 tuntutan BERSIH, 7 dari nya dipenuhi dan di ambil serius oleh SPR. tapi makan masa lah. Nak buat jamban pun makan seminggu gak. Inikan pula nak menguruskan 12 juta lebih pemilih berdaftar.
Bab rasuah, bukan ke Ambiga sendiri pernah berkata Rasuah Kecik dihalalkan? Apa cerita ini? Rasuah apa? Takkanlah kegiatan turun padang dan memberikan bantuan kepada rakyat dikatakan rasuah? Pok Nik pun pernah beri Zakat Pilihanraya pada masa PRK Galas dulu. Pemilihan PKR, PAS dan DAP pun dipenuhi dengan pelbagai dakwaan rasuah oleh ahli-ahlinya.
Jadi apa matlamat BERSIH sebenarnya? Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan hanya memberikan tekanan kepada SPR agar SPR jadi kelam kabut. Tidak dipercayai. Ini adakan diputarbelitkan oleh pembangkang jika keputusan PRU 13 tidak memihak kepada mereka. Hati-hatilah wahai rakyat Malaysia. Takkanlah kita hendak berkerajaan kerana protes jalanan dan bukan melalui proses demokratik secara aman. Fikirkanlah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan