Selasa, 6 Mac 2012

SEMAKIN RAMAI TOK SIAK PAS MENCABUL KANAK-KANAK DI MASJID.


MASJID AR RAHMAN YANG TERLETAK DI TENGAH-TENGAH BANDAR KUALA KUBU  BHARU PUN TIDAK SELAMAT BAGI KANAK-KANAK DARI GANGGUAN SEKSUAL TOK SIAK & LEBAI KERA PAS.

Sembang kedai kopi terhangat di bandar Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor ialah mengenai kejadian cabul oleh seorang Tok Siak PAS ke atas seorang kanak-kanak perempaun di perkarangan masjid Ar Rahman. Perkarangan Masjid ! Bukan di tandas .. bukan di rumah ... bukan di PASTI ... tapi di Perkarangan Masjid! Tok Siak berkenaan telah di tahan reman dan di dalam siasatan polis. Wow ! Apa dah jadi  dengan lebai dan tok siak PAS sekarang ini sejak PKR memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor? 

Bahkan Penasihat Agama kepada MB merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor pun kantoi berkhalwat dengan bini orang di Kuantan! Bikin malu dan beri aib kepada nama Sultan Selangor dan agama Islam. Malu nya.

Sebelum dari itu Setiausaha PAS dan Ketua Kampung , Lebai Kera PAS juga ler, turut di tahan kerana mencabul kanak-kanak. Di Utara seorang kanak-kanak lelaki mati akibat di dera keterlaluan oleh Lebai Kera PAS juga. Ketua Ranting PKR Seri Geriang Hulu Bernam pun turut di tahan kerana mencabul anak tiri sebelum ini.

Gejala penderaan fizikal dan seksual ke atas kanak-kanak di kalangan lebai kera PAS begitu membimbangkan sekali. Mengikut terma perubatan gejala tersebut dikenali sebagai Pedofilia. Berdasarkan kepada diagnosis perubatan gejala Pedofilia ini merupakan Gangguan Saikologi di kalangan orang dewasa yang teruja dan naik berahi dengan kanak-kanak yang belum akil baligh. Puncanya ialah kerana sifat rendah diri keterlaluan, tidak mahir bermasyarakat yang disebabkan pula oleh sifat agresif-pasif. 

Hamba dok terfikir adakah punca-punca dan sebab musabab gejala pedofilia di kalangan lebai kera PAS dan PKR ini kerana Budaya dan indoktrinisasi politik mereka? Ya ler .... Pedofilia ini adalah gejala gangguan saikologi. Kita semua maklum krusus-kursus indoktrinisasi dan budaya politik PAS dan PKR ini. Ganeh.

Dah lah ganeh asik mendesak ahli dan penyokong melakukan keganasan dan bersikap agresif. Kutuk, maki hamun, bermulut celupar serta bersikap keras kepala. Sentiasa hendak menang dan sentiasa mempersalahkan pihak lain atas kejahatan sendiri. Di tambah lagi dengan ajaran-ajaran dan dogma-dogma karot-marot serta ritual keagamaan yang songsang termasuklah amalan bida'ah dhalolah seperti Bai'ah Talak tiga, Wala' , takfir, assobiyah, demonstrasi, bughah dan tsiqah serta Tahaluf Siyasi yang disongsangkan.

Adakah itu semua menjadi punca-punca kepada gejala Pedofilia semakin ketara di kalangan lebai kera PAS dan PKR? Ada kemungkinan ianya betul dan benar belaka. Itu semua berkaitan dengan pembinaan minda dan sikap. Ahli dan penyokong PAS dan PKR di basuh otak mereka dengan begitu teruk sekali untuk menjadi 'Agen Perubahan' drastik dan bersemangat 'Revolusioner'. 

Semuanya itu adalah amplifikasi sikap dan sifat negatif dalam diri manusia. Kesemuanya itu membuka kunci-kunci pasif-agresif dalam diri manusia. Dan sudah tentu apabila sentiasa memaki hamun dan memusuhi orang lain ianya menjejaskan kemahiran bermasyarakat. Orang akan menjauhi diri. Bila terasa diri diasingkan dan dipulaukan oleh masyarakat dah tentu ianya membawa kepada sifat rendah diri keterlaluan. Perkara-perkara itu pula menyumbang kepada perkembangan gejala Pedofilia dalam diri ahli dan penyokong PAS dan PKR.

Anda lihat sahaja reaksi orang PAS dan PKR apabila BR1M, KR1M, PR1MA, 1Malaysia, Wassatiyah dan permohonan maaf DS Najib di keji dan di kutok oleh mereka. Rakyat semakin menyampah dan menjauhkan diri mereka. Bandingkan lah dengan cara dan kaedah Barisan Nasional pula. Bagaimana Barisan Nasional mendidik setiap jiwa agar bersifat wassatiyah tidak ekstrim. 1Malaysia menyeru kepada perpaduan dan semangat keharmonian. Tidak mengajar dan mengajak rakyat Malaysia bertelingkah dan mencetuskan konflik.

Tengok pula slogan PKR dan PAS yang menyeru, mendidik dan mengajar rakyat Malaysia menjadi ganeh, bersangka buruk dan sentiasa mencurigai pemerintah melalui slogan-slogan ' Jom Ubah' .. 'Lawan Tetap Lawan' ... ' Perubahan Regim' ... CAT yang mengharuskan rasuah dan penyelewengan kuasa ... Seksualiti Merdeka .... Kebebasan Murtad ...Ketuanan Rakyat dan bermacam-macam lagi benda-benda yang negatif dan ekstrim.

Fikirlah dalam-dalam setiap undi yang anda berikan kepada Regim Pedofilia Rakyat adalah satu sentuhan cabulan ke atas kanak-kanak. Fikir betul-betul. Fikir masak-masak. Apaguna ada Hudud jika semua lebai kera dan penasihat agama PAS dan PKR mampu mencabul kanak-kanak dan berkhalwat dengan bini orang serta kegiatan seks luar tabie' semakin menjadi-jadi. Inilah akibatnya apabila seorang diktaktor dan boneka dijadikan Exco Hal Ehwal Agama. Adakah anda mahu Malaysia ini menjadi Hub Penyelidikan Perubatan terkemuka bagi gejala Pedofilia dan amalan gay serta lesbian?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suka baca tulisan anda.

Jas Salleh berkata...

Tengkiu atas sokongan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...