Selasa, 6 Mac 2012

LYNAS: BAHAN SISA BUANGAN KILANG DI HANTAR KE LUAR NEGARA.

Dalam perkembangan terbaru, syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju menghantar bahan sisa buangan hasil pemerosesan kilang itu ke luar negara. Surat Jaminan untuk melakukan demikian telah diberikan kepada kerajaan menurut Mustapha Mohammed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kerajaan sememangnya berpuashati bahawa tidak ada bahan residual radioaktif dalam sisa buangan hasil pemerosesan kilang, langkah itu di ambil sebagai langkah tambahan mengambilkira cadangan IAEA Agensi Tenaga Atom Antrabangsa. Ianya juga sebagai pengotaan janji yang di buat oleh DS Najib di mana sisa bahan buangan hasil kilang Lynas akan di buang jauh dari penempatan penduduk. Jika Lynas tidak memperolehi Kemudahan Perlupusan Tetap (PDF) jauh dari penempatan penduduk/awam, sisa bahan buangan tersebut akan di hantar ke luar negara. 

Jadi tidak perlulah menutup kilang Lynas tersebut kerana persetujuan dan pencapaian alternatif telah diperolehi. Janganlah pula selepas ini Mustapha Mohammed dan Adnan Yaakob dikriritik dan di kccam di atas keputusan tersebut kerana kebimbangan Fuziah Thoron ialah mengenai sisa bahan buangan. yang di dakwa beradioaktif sedangkan dakwaannya itu adalah palsu.

Hamba setuju lah. Bagaimana kalu halaman rumah kediaman rasmi Ketua Menteri P.Pinang, rumah Fuziah Thoron, rumah Mahfuz Omar dan stor ibupejabat PKR DAP PAS dijadikan PDF. Maklumlah mereka kan mempunyai kepakaran dan teknologi yang amat tinggi untuk melupuskan dan meneutralisasikan mana-mana bahan sisa buangan kilang nadir bumi. Tengok saja kepakaran PKR dalam isu sampah di Selangor yang dilupuskan secara bioteknologi tinggi di mana dibiarkan bertimbun-timbun di tepi jalan dan bekalan air di Kelantan di mana airnya sentiasa kerohagi memastikan kualiti air yang tinggi. Begitu juga di Pulau Pinang bagaimana berjayanya kempen alam sekitar DAP sehinggakan sungai-sungai di Pulau Pinang semakin diperkayakan dengan baja-baja organik hasil sisa buangan dari ladang-ladang kerbau pendek, sampah sarap dan sisa buangan kilang-kilang. Sebab itulah Pedofilia Regim amat sesuai dijadikan PDF kerana otak mereka pun dah macam PDF jugak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa bedzanya Lynas di Pahang dan Shinetsu di Shah Alam? Dua duanya memproses benda yg sama. Apa masalahnya?. Saya makin tak faham tahap politik sekarang nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...