Isnin, 26 Mac 2012

RAKYAT SUDAH JEMU DENGAN PAKATANISTA, SOKONGAN KEPADA BN SEMAKIN MEMUNCAK.

 

Seramai 3500 orang Mangsa banjir di IKBN Hulu Langat bakal menerima kunjungan rasmi daripada DS Najib. Bantuan kemanusiaan diberikan dan satu projek penebatan banjir bernilai RM 7.5 juta  Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada mangsa banjir RM13.6 juta. Ini bukan gula-gulan PRU 13 yea. Sedikit petikan daripada TV3 :-
Menurut Datuk Seri Mohd Najib langkah pencegahan banjir jangka pendek, termasuk pembinaan jambatan laluan utama, dengan kos 3.5 juta ringgit, dua unit pembetung, 1 juta ringgit dan pengalihan utiliti, 3 juta ringgit.
Manakala langkah jangka panjang termasuk pembinaan kolam takungan air akan diambil jika BN berjaya mengambil-alih kerajaan Selangor pada pilihanrata umum akan datang. 
 DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
"Nak buat kolam takungan dsbnya, sebab ini melibatkan soal pengambilan tanah, kita lebih mudah ambil-alih kerajaan negeri dulu daripada kita ambil alih tanah, betul ke tidak? Jadi kita ambil kerajaan negeri dulu, boleh? Lepas tu kita buat projek takungan air, untuk selesaikan masalah banjir di kawasan hulu langat, insyallah takkan berlaku banjir lagi"
Berikut petikan daripada Utusan Malaysia mengenai kenyataan DS Najib berkenaan sokongan memuncak kepada BN:-
Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.
Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.
Kenyataan DS Najib ini bakal membuat para pembodek dan penjilat tegar Pakatanista Rakyat terus meroyan dan terkena sawan penafian. Sebab itulah mereka menjadi semakin ganas dan bertindak liar akhir-akhir ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...