Sabtu, 3 Mac 2012

NOH OMAR KATA KHALID G JUAL RETA PESAKA .


 
Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar mencabar negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS). Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata pimpinan negeri yang diterajui PKR, yang kononnya telus dalam pengurusan perlu menjelaskan bagaimana simpanan tunai PKPS meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lalu. Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan Selangor Kini terbitan semalam, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan negeri itu. Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.Beliau sebelum itu merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di Tanjung Karang, semalam. - Bernama
Malam tadi keluar lah muka Noh Omar di Berita Utama TV3. Hensem.  Dah lah hensem bergaya pulak. Kali ini Noh Omar dok selamba tanya Khalid G satu soalan paling mudah. Kalau Khalid G berjaya jawab bermakna bolehlah PKPS simpan duit RM114 juta kalau tak jawabnya Khalid G dan PKR ' Money & Water Face Dropping lah'. 

Noh Omar kata PKR buat auta je la kata pandai urus reta. Kalau dok asik jual reta pesaka yang BN wariskan kepada PKR baik tak payah nak dakwa dakwi PKR pandai. Kamon lah Noh Omar... PKR memang pandai... Pandai Buat Auta!

Jadi Noh Omar kata kalau apa yang beliau cakap tu tak betul .. samanlah beliau ! Berani Noh Omar. Betul juga lah kata Noh Omar kata BN dulu tak buat reta dah tentu haramjadah sesen pun PKR tak leh nak buat duit atas hasil menjual semua reta pesaka. Tapi rakyat Selangor mana reti nak angkat pot pun pasal benda ini. sebab rakyat Selangor lebih suka masakan asam pedas PKR.

Lagipun dah tentu Khalid G akan jawab balik kata stik lembu tak halal sebab PKR tak dapat nak jual aset PFN dan NFCorp macam Khalid G jual semua aset dan reta yang BN buat untuk generasi rakyat di kemudian hari.  APA PKR PEDULI  pun sebab gerenti ada bloger yang terima nasihat daripada Ketua Chef Restoran Bangsar Utama akan mempertahankan PKR dengan bersungguh-sungguh.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...