Ahad, 4 Mac 2012

PKR ARAHKAN MB KEDAH BERCUTI DI HOTEL GAY NEW YORK.???!

Ada dua perkara yang menarik perhatian hamba. Pertama entri mymassa mengenai Hotel Gay Pertama di dunia di New York. Kedua entri GWM mengenai pergolakan terkini PAS Kedah, 

Di Selangor sejak Porno Regim mentadbirnya semakin banyak pusat hiburan yang menggalakan pelbagai jenis maksiat luar tabie tumbuh bagaikan cendawan. Sebelum ini ada beberapa entri mengenai bagaimana Porno Regim bakal mengutip Dana RM300 juta SelangorKu melalui industri pusat hiburan yakni bayaran yang dikenakan (RM50). Tambahan lagi Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pula kian rancak berkempen agar undang-undang melarang kegiatan seks luar tabie' dimansuhkan terus.Beliau pun sudah ke Mumbai India di negeri di mana kegiatan seks luar tabie' sudah dihalalkan. Belaiu juga kuat menyokong regim Zionis di mana Haifa terkenal sebagai Bandaraya Gay Terkemuka di Dunia. Jadi apa kaitannya dengan isu PAS Kedah pula?

Menurut GWM, Jawatankuasa PAS Pusat telah becadang mengusulkan MB Kedah Azizan bercuti. Manakala Sapudin Nasution atas arahan Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Pahrolrazi secara tertutup. Rundingan damai antara puak Pahrolrazi dengan Azizan sentiasa menemui jalan buntu. Pada kali ini Azizan bertekad tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dan arahan PAS Pusat. 

Mahfuz Omar semakin galak kerana mengidamkan jawatan MB Kedah melalui proksinya Pahrolrazi Zawawi. Dikatakan beliau bercadang meletakkan Mohamed Taulan sebagai pengganti Azizan.Ianya sebagai satu tindakan wayang kulit sementara waktu memberikan laluan kepada Mahfuz Omar menjadi MB Kedah.

Jadi, kemanakah agaknya destinasi percutian berbayar penuh yang bakal di taja oleh PKR sepertimana tajaan PKR kepada Helmi Malik? Pada pandangan hamba kemungkinan besar ialah ke New York dan sudah tentulah ke Hotel Gay di New York. Kenapa? 

Korang pun sendiri maklum cara Modus Operandi PKR, buat baik sebab nak perkenankan orang. Siapa yang tahu pasal Hotel Gay di New York pun? Kalau benda tu tak didedahkan oleh mymassa, hamba pun tak tau. 

Dah tentulah PKR akan perkenakan Azizan nanti. Taja Azizan pergi bercuti ke New York duduk kat Hotel Gay sinun kemudian PKR pun pecah stori lah kat sapa-sapa yang  mereka kenal di kalangan UMNO. Macam DAP dengan MCA lah dalam isu PKFZ. Samalah dengan Modus Operandi dalam isu NFCORP. 

Bukankah dalam isu DUMC yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali modus operandi yang sama juga digunakan oleh PKR untuk campurtangan di dalam PAS menghapuskan dan menguburkan semua pro Ulama' ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...