Selasa, 6 Mac 2012

KUDETA PENTADBIRAN EKSEKUTIF KEDAH SUATU PENGHINAAN KEPADA AMALAN DEMOKRASI DAN PERLEMBAGAAN NEGERI KEDAH.

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat atas alasan menyelesaikan konflik dalaman antara seorang ketua eksekutif negeri berjawatan Menteri Besar (perlantikan dan kuasa-kuasa yang ditetapkan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah di atas perkenan Sultan Kedah) dengan dua orang EXCO Kedah sebenarnya suatu eksperimen pemecahan kuasa dan penumpukan kuasa sebuah parti politik untuk berkuasa penuh di sebuah negeri mengatasi dan menghina kuasa-kuasa Ketua Negeri dan kuasa-kuasa Dewan Undangan Negeri.

Ini bermakna DAP, PAS dan PKR mampu mentadbir sebuah negeri berdasarkan kepada polisi mereka sendiri tanpa merujuk dan bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri , menghormati Undang-undang Tubuh Negeri dan mengkesampingkan peranan institusi Raja-raja.  

Belum pernah ada dalam sejarah Malaysia di mana kemelut Menteri Besar dengan EXCOnya menjadi penyebab kudeta kepimpinan Pusat sebuah parti politik tapi PAS melakukannya tanpa merujuk kepada Dewan Undangan Negeri Kedah, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan berunding dengan Sultan Kedah. PAS macam biasa ikut kepala mereka sahaja.

Nampaknya PAS memulakan sesuatu yang amat bertentangan dengan asas kenegaraan ini tanpa ramai menyedarinya implikasi dari segi kerangka perundangan dan asas Perlembagaan Malaysia. Hanya di dalam amalan sebuah negara Republik sahaja di mana kepimpinan Pusat sebuah Parti berkuasa penuh sepertimana yang dilakukan oleh PAS dalam kudeta di Kedah.

Apa yang Hamba nampak ialah kemelut MB Kedah dengan dua orang EXCO nya hanyalah sebagai pencetus kepada amalan idealisma Republika yang begitu halus dengan perancangan teliti. Jika kita analisa betul-betul, kewujudan Jawatankuasa Pemandu adalah sama dengan peranan Jawatankuasa Pusat di sebuah negara Republik.

Sedangkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan di dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengesahkan dan mengizinkan sebuah Jawatankuasa Kudeta yang haram seperti Jawatankuasa Pemandu Kedah tersebut ditubuhkan tanpa sebarang sanksi oleh Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Kedah. 

Jawatankuasa Pemandu tersebut juga berperanan sepertimana Sistem Residensi di zaman penjajahan imperial British suatu ketika dulu. Hamboi ..... Hamba mohon lah kepada semua agar kita mendesak PAS PUSAT tidak campurtangan dalam pentadbiran Eksekutif Kedah yang mana sepatutnya PAS PUSAT menyelesaikannya melalui saluran parti ataupun melalui perundangan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Bukannya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu tanpa sebarang sanksi daripada Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah, Perbuatan sedemikian itu menghina dan melanggar keluhuran perlembagaan negeri Kedah, kedaulatan undang-undang dan kuasa-kuasa Sultan Kedah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

pukimaq berkata...

Tak kisahkan Kudeta.Kisahkan sayangku dan bontotnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...