Ahad, 12 Februari 2012

AZHAR IDRUS & FITNAH RM15K KANTOI BERGANDA.

SIAPA BILANG DAN PERCAYA BAHAWA ZAHAR DERUS TAK MAMPU BERBOHONG? Masalah umat Melayu beragama Islam pada hari ini rata-ratanya menilai taraf dan tahap ilmu agama seseorang itu berdasarkan kepada gelaran, sekeping kertas, pangkat dan pakaian yang dipakai oleh seseorang. Kepercayaan berlebihan kepada seseorang yang di anggap 'Ustaz' mencecah ke tahap pendewaan. Dalam soal Zahar Derus pula ramai memperdayakan diri sendiri kerana terpesona dengan gaya penyampaiannya, cara berpakaiannya dan ramai bilangan peminatnya. Penyakit para agamawan pula ialah mereka merasakan diri merekalah yang paling tahu serba serbi mengenai agama. Penyakit orang awam pula ialah mereka merasakan perlunya mendewakan para agamawan yang diminati oleh mereka. Persoalannya ialah sampai bila penyakit-penyakit ini harus dibiarkan tanpa diubati? Penawar dan ubat mujarab bagi penyakit-penyakit tersebut ialah kembali kepada al Qur'an dan hadis serta bermuhasabah diri. Ketahuilah bahawa agama itu tiada ada pada sekeping kertas, tidak ada pada gelar-gelar, tidak ada pada pakaian, tidak ada pada ramainya bilangan peminat dan tidak ada di pentas-pentas ceramah. Agama itu ada di dalam amalan yang diamalkan berdasarkan kepada syariat baginda Rasulullah s.a.w. Tontonilah klip video di bawah ini dan nilailah dengan hati yang jujur.


Alangkah baiknya jika Zahar derus mengakui kesilapan pertuturannya tanpa perlu menutup kesalahannya. Tidak menjadi hina seseorang itu apabila mengakui kesilapan sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Cik Pudina berkata...

Berapa PAS dan PKR bayar dia? Teka dia buat ceramah free ke. Jangan cakap orang awak pun sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...