Menurut rakan bloger Mega Bidaman, ada seorang anak muda berani di Pulau Pinang. Beliau sering berpidato di sudut Pidato di Pulau Pinang mempertahankan polisi-polisi kerajaan Barisan Nasional. Sudut Pidato di Pulau Pinang bertempat di Padang Kota telah dirasmikan pada 15hb Disember 2011 oleh Lim Guan Eng.
Sejak sudut itu dirasmikan ianya dikuasai oleh pemidato pro Pakatang Hancus (haramjadah). Ini mungkin kerana pemyokong BN merasa cuak mendengar pelbagai fitnah dan pembohongan daripada pemidato pro Pakatang Hancus. Kini, suasana itu mulai berubah dengan kemunculan anak muda tersebut di sudut pidato.
Anak muda tersebut mula berpidato mempertahankan polisi-polisi kerajaan Barisan Nasional sejak 29/01/2012 dan 5/2/2012. Anak muda berani tersebut akan berpidato lagi pada 12/2/2012 (6.00 p.m-10.00 p.m). Diharapkan kepada semua pembaca yang berada di Pulau Pinang akan turun beramai-ramai dan memberikan sokongan moral kepada anak muda berani tersebut semasa beliau berpidato.
Kepada anak muda berani tersebut, Hamba tabik hormat kepada keberanian dan kepetahan anda berpidato!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan