Khabar angin yang bertiup sebelum ini mengenai dua pemimpin UMNO ternyata adalah benar. Veteran UMNO dan bloger Aspan Alias dan bekas ADUN Pulau Manis Mohd Ariff Sabri Aziz disahkan menyertai DAP. Keduanya adalah bekas pemimpin UMNO dari Pahang. Rupanya ramai pemimpin UMNO kecewa dari Pahang. Sebelum mereka sudah ramai telah menyertai PKR. Itu adalah pilihan mereka. Tidak semestinya pilihan mereka tepat dan patut diikuti. Memanglah ianya mengaibkan DS Najib apabila ada bekas pemimpin UMNO dari Pahang menyertai DAP. Tidak perlu menafikannya. Mereka menyertai DAP kerana jiwa mereka memberontak tidak mendapat habuan walaupun telah menerima nikmat.
Walaupun penyertaan mereka ke dalam DAP merupakan satu tamparan kepada UMNO namun ianya menaikkan lagi moral kepada yang lain. Molek juga orang-orang sebegini keluar UMNO dan menyertai DAP.
Diharapkan mereka berdua mampu mengucar-ngacirkan DAP sepertimana mereka melakukan onar di dalam UMNO. Jika dahulu mereka memberikan aib dan malu kepada perjuangan UMNO, kini DAP juga bakal menerima nasib yang lebih teruk. Tahniah kepada DAP dan kepada keduanya. Tindakan anda membuktikan bahawa DAP PKR PAS hanyalah tempat 'pembuangan segala kekotoran najis di dalam UMNO'.
Lao Tze dan Sun Zhi pernah menulis bahawa pengkhianat dari pihak musuh perlu di terima untuk sementara waktu. Selepas itu mereka perlu dihapuskan.
Pada hari ini Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang mampu tersenyum tetapi di dalam lubuk hati mereka tersimpan kerisuan maha hebat. Pemimpin-pemimpin veteran DAP Pahang sudah tentu merasai bahang dengan kemasukan kedua bekas pemimpin UMNO tersebut.
Bagi UMNO pula kemasukan keduanya merupakan sebuah nikmat tak terhingga. Tak perlu mendisplinkan mereka. Tidak perlu mencantas mereka. Mereka sendiri terkeluar dari UMNO. Benarlah sejak 2008, PAS DAP PKR banyak membantu membersihkan UMNO.
Kepada Lim Kit Siang dan Dr Chen Man Hing apakah anda berdua fikir pemimpin-pemimpin veteran DAP Pahang tidak akan memberontak dan bersetuju dengan keputusan anda berdua menerima masuk virus penyakit UMNO?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
4 ulasan:
pengkhianat bangsa melayu! lupakah siapa angkara 13 mei kalau bukan cina dan dap!
umno memang perlu dibersihkan, bersih dari penyangak yang mencuri duit rakyat Malaysia dan buat macam harta mereka sendiri. Tanya Najib, berapa kali dia pi bercuti kat luar negeri? Ni sambut tahun baru kat Australia. Kat Pekan tak boleh sambut ka?
Najib kalu tak jadi PM pun mak nya kayo rayo lahh, mana heran Najib dengan duit
Yang pasti 2 parasit ini akan menikmati habuan segera,... yg pasti DAP akan meletakan calon2 Melayu disetiap negeri & parlimen,.. jikan mng calon DAP inilah akan diangkat jadi MB & PM dan tak perlu lagi PKR atau PAS jika DAP menguasai lebih kerusi dari PKR & PAS,... Seperti diselangor & mungkin di Perak DAP tak perlukan PKR lagi,,... Oleh kerana atas ticket DAP maka full remote control ada pada LKS,... perkara pertama yg akan dilakukan adalah pengubalan Perlembagaan DUN & Parlimen,... yg pertama,. Seiapa saja warganegara Malaysia tak kira apa bangsa & Agama oleh jadi MB & PM,... Ke2,.. tidak perlu ada kedudukan sultan2 Melayu,.. Ke 3 Sultan2 ini akan digantikan & diwujudnya jawatan Persiden seperti di Singapura,... So, LKS atau Kapal Singh bakal menjadi PERSIDEN Malaysia yg Pertama,... ke 4 hak bumiputra akan dihapuskan dan samarata,.. yg untung pastinya kaum cina & yg rugi melayu,,,, Ke5, Bahasa Melayu bukan & tidak akan dikekalkan sebagai bahasa rasmi negara,... Undin akan dibuat, & yg pasti non Malay & Islam dalam BN akan angkat tangan juga,.....jadi anda yg menentukannya...
Catat Ulasan