Selasa, 3 Januari 2012

MALU LAH DIK BUAT BEGINI.


Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Safiah, kemudian kisah anak Melayu berkahwin sesama jantina. Kini timbul pula kisah Nur Amalina. Apakah untung nasib yang telah menimpa kepada anak-anak muda-mudi Melayu kita? Baik yang berada di luar negara mahupun yang berada di dalam negara. Mereka sentiasa terdedah kepada perangkap-perangkap yang di pasang oleh musuh-musuh Melayu Islam. 

Di dalam negeri pula, kisah Safwan Anang dan Adam Adli merupakan aib besar kepada anak-anak muda-mudi Melayu Islam. Kisah DUMC turut mempalitkan aib kepada masyarakat. Kisah buang bayi , kisah rogol kisah mat rempit dan kisah penagihan dadah. 

Di semua peringkat usia dan tahap kecerdikan, anak-anak muda mudi Melayu Islam di serang habis-habisan. Hamba fikir sudah tiba masanya untuk menyedarkan mereka semua. 

Kesedaran mengenai asal usul keturunan Melayu Islam. Kesedaran mengenai betapa peri pentingnya Melayu Islam ini. Kesedaran mengenai permusuhan beribu-ribu tahun yang menghambat bani Jawi ke sebelah sini. 

Srivijaya (yang bermaksud CAHAYA KEMENANGAN) yang kemudianya melahirkan bangsa yang dikenali oleh 'Arab Islam sebagai bani Jawi. Sebelumnya telah lahir beberapa kerajaan-kerajaan kota

Bani Jawi inilah yang kembali mempertautkan keturunan sebelah anak Nabi Adam a.s. yang telah lama berhijrah ke sebelah sini. Proses pertautan kembali susur galur keturunan telah lama berlangsung. 

Kepada anak-anak muda-mudi Melayu Islam, sedarlah kamu semua adalh dari benih-benih keturunan baik-baik. Janganlah kamu semua memberikan aib kepada namabaik keturunan dan sejarah Melayu Islam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...