Salah satu hujahan yang sering diketengahkan oleh PKR dalam isu pinjaman RM250 juta kepada NFCORP (bukan NFC [National Feedlot Center] ) kononnya duit itu berstatus DANA RAKYAT. Apa yang dimaksudkan oleh mereka kita pun tak tahulah. Tapi anda boleh baca takrifan DANA RAKYAT yang diberikan oleh salah seorang cai PKR (Nampaknya mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka tulis);-
Seperkara lagi ialah cai PKR amat suka bersumpah ... sumpah seranah. Ha ha ha ha. Kembali kepada persoalan asas, apakah yang cai PKR maksudkan dengan DANA, DANA RAKYAT dan DUIT RAKYAT sebenarnya? Apabila anda ajukan soalan mengenai takrifan kepada istilah-istilah tersebut mereka akan memberikan sumpah seranah sebagai jawapan. Membuktikan bahawa mereka sendiri pun tidak faham dan tidak jelas apakah yang mereka maksudkan dan tuliskan. Jadi betullah mereka (PKR) adalah bodoh tak bertempat.
Izinkanlah Hamba memberikan takrifan yang tepat kepada istilah DUIT RAKYAT agar anda tidak terpedaya dengan mainan bahasa Pakatan.
DUIT RAKYAT: Ini sudah tentu merujuk kepada semua wang tunai yang ada dalam milikan dan pegangan rakyat . Seperti wang gaji, sumber pendapatan, duit dalam akaun-akaun bank, Apabila wang tunai itu digunakan dan berpindah pemilikan sudah tentulah status DUIT RAKYAT itu berubah. Ambil contoh:-
Anda membeli sekilo gula. Anda membayar dengan wang tunai yang ada pada anda (termasuk wang tunai yang anda hutang daripada Ah Loong) Adakah wang itu masih menjadi milik anda? sudah tentu tidak.
Samalah apabila rakyat membayar cukai maka wang itu bukan lagi menjadi milik rakyat sebaliknya menjadi milik kerajaan yang di pilih oleh majoriti rakyat.
Semasa anda mengundi anda telah melakukan perbuatan memberikan hak kuasa memerintah kepada pihak yang anda pilih. Pihak anda pilih itu akan mempunyai kekuasaan memerintah di atas mandat anda. Termasuklah anda menyerahkan kekuasaan kepada pihak yang memerintah pemilikan segala harta benda dan khazanah negara.
Anda perlu ingat bahawa pemilikan ada dua jenis yakni pemilikan individu dan pemilikan kerajaan. Banguna kerajaan adalah milik kerajaan. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya membawa keluarga anda untuk menginap di mana-mana bangunan milik kerajaan walaupun anda yang memilih kerajaan tersebut.
Jadi selepas ini bilamana Pakatan menyebut mengenai DUIT RAKYAT, DANA RAKYAT cuba anda bertanya kepada penceramah tersebut samada anda boleh membawa pulang kereta rasmi yang digunakkan olehnya? Atau samada anda boleh menjual rumah kediaman rasmi yang mereka duduki. Tentu anda menerima sumpah seranah daripada penceramah tersebut.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
Homo cun ni tak kisah.Homo cun kisah tentang dana homo yang hanya akan diberikan oleh sayangku kepada kekasih kesayangannya saja.
Catat Ulasan