Selasa, 24 Januari 2012

BILA H20 BERTEGAS .........


Bila H20 memberikan pandangan tegas dan mula ada keyakinan diri, Hamba tabik hormat. Hamba berharap agar H20 kekal begitu dan mempamirkan lagi ketegasan beliau. Seterusnya Hamba masih menaruh harapan agar pada suatu masa nanti kesemua celaan ke atas nya dapat dipulihkan kembali. H20 telah memberikan pandanganya secara tegas dalam isu rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim. Beliau merasionalisasikan tindakan Peguam Negara memfailkan Notis Rayuan dengan berkata (di petik daripada blog Papa Gomo):-

Keputusan Peguam Negara memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan perlu diterima oleh semua pihak atas nama hak serta keadilan buat bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak Peguam Negara sudah tentu mempunyai asas serta fakta dari segi perundangan yang membolehkan proses rayuan itu diteruskan.
Beliau turut meminta perkembangan terkini kes tersebut tidak dijadikan isu kerana Mohd. Saiful hanya mencari keadilan buat dirinya dan perkara yang sama pasti akan diambil oleh Anwar jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada kedudukan bekas pembantunya itu.
"Keputusan untuk merayu terletak sepenuhnya dalam tangan Peguam Negara dan ia dilakukan berdasarkan lunas-lunas undang-undang. Oleh itu, perkembangan ini tidak harus menjadi isu terutama di kalangan penyokong PKR.
"Percayalah, sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau juga akan membuat rayuan,'' katanya.
''Keputusan untuk rayuan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk daripada desakan keluarga Mohd. Saiful, sebaliknya ia adalah atas kehendak Peguam Negara berdasarkan bukti-bukti serta keterangan yang ada,'' 
Beginilah yang seluruh rakyat mahukan daripada seluruh pemimpin di semua peringkat di dalam BARISAN NASIONAL yakni mempunyai sifat-sifat: 
  1. Berani menyatakan pendirian 
  2. Tegas dalam melaksanakan polisi
  3. Yakin dengan keputusan yang di buat
  4. Jujur dalam semua tindakan
  5. Amanah dalam menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan negara.
Seperti yang kita tahu kes liwat II ini amat giat dipolitikkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan sendiri. Di pihak Barisan Nasional pula tidak ada pun mana-mana pemimpinnya menyentuh isu itu di dalam program-program mereka.

Jika Barisan Nasional mahu memenjarakan Anwar Ibrahim sudah tentulah Anwar Ibrahim akan terus di buang negara dan dikenakan tindakan perundangan lain. Tetapi ini tidak berlaku pun. Anwar Ibrahim diberikan peluang seluas-luasnya menggunakan kebebasan bercakap dan bergerak sepanjang masa untuk membela dirinya samada di dalam dan di luar mahkamah sejak 2008 sehingga kini. 

Saiful Bukhari wajib diberikan hak merayu kerana itu sudah termaktub di dalam perundangan negara dan amalan peradilan di sleuruh dunia. Tidak adil kepada Saiful Bukhari jika hak rayuan itu dinafikan kerana Anwar Ibrahim tidak pernah dinafikan haknya untuk membela diri sejak 2008 sehingga kini. 

Berlaku jujurlah dan berlaku adillah kepada semua pihak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

We want to see ACTION, TALK is Cheap... Cakap semua orang boleh cakap... dah nak PRU13 baru nak tunjuk taring... NOT A WINNABLE candidate...

pukimaq berkata...

Cun jugak H2O ni.Aku nak bontot dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...