Selasa, 24 Januari 2012

SATU KEAJAIBAN TERCIPTA DI SELANGOR !




Satu keajaiban tercipta di Selangor dalam DUN Sri Setia, Kelana Jaya! Pada perayaan Ponggal 22hb Januari 2012, seramai 1 000 orang India Malaysia kembali menyertai Barisan Nasional. Setelah Chegubadtuya dan HINDRAF pertubuhan haram rasis gagal mencetuskan ketegangan kaum dalam insiden di Jalan Kebun, pengundi India Malaysia dengan relahati menyertai Barisan Nasional. Rakan bloger Pisau menulis mengenainya di sini:-

Baru baru ini Chegubard cuba mencetuskan ketegangan kaum apabila cuba melakukan provokasi bersama Hindraf untuk menarik sokongan kaum India.

Apa yang menjadi kejutan,kempen yang cuba dilakukan oleh Chegubard dan Hindraf bukan saja menyebabkan lebih ramai kaum india menyertai BN,malah penyokong Hindraf juga turut serta menyertai meninggalkan NGO haram tersebut.
Kaum India lebih tahu siapakah yang lebih jujur dan prihatin terhadap mereka.Politik kebencian yang cuba disemai kedalam pemikiran kaum India oleh PKR dan Hindraf ternyata gagal.
Pada 22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya seramai 1,000 orang dari masyarakat kaum India meraikan Pesta Ponggal 2012.
Pada malam Tahun Baru Cina, Pengerusi Skuad Prihatan (NGO) Dr. Vikneswaran yang sebelum ini orang penting didalam PKR telah bersama-sama hampir lebih 1,000 orang yang lain beralih sokongan kepada Barisan Nasional. Beliau telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.
 Inilah yang Hamba maksudkan, MENCIPTA KEAJAIBAN ! 
Ciptalah KEAJAIBAN demi RAKYAT kerana ALLAH TA'ALA.


TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...