Isnin, 23 Januari 2012

AKSI BERANI POLIS SELAMATKAN NYAWA SEORANG KANAK-KANAK.


Sekalung Tahniah Tak Terhingga Kepada 
Polis Dang Wangi.

Di petik sepenuhnya daripada The Unspinners:-

TV3 tadi melaporkan kisah seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun diugut dengan barang tajam ke dalam bilik rumahnya oleh seorang lelaki yang pernah ada rekod jenayah. 
Pihak polis Dang Wangi telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu tanpa apa-apa kecederaan dengan menembak mati penjenayah tersebut ke rusuknya. 
Penjenayah itu telah memasuki rumah kanak0kanak tersebut ketika keluarga itu sedang menonton televisyen dan terus mencolek kanak-kanak itu ke dalam bilik. 
Kejayaan pihak polis itu amat mengkagumkan kerana bilik itu tiada akses untuk dimasuki melainkan melalui bilik utama. 
Ketika laporan itu kelihatan orang ramai yang berkumpul diluar rumah memberi tepukan sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada kecekapan para anggota polis. 
Tahniah buat ACP Dato Dzulkifli dan pasukannya!
Kalau dilayan pelbagai tuntutan pembangkang dan peguam Bar-ua Council, yang bermotif hanya kepentingan politik sendiri dan agenda asing, pasti susah untuk polis menjalankan tugas.
Mereka-mereka serta mahasiswa pro pembangkang yang mengutuk polis ini bolehkah menyelamatkan jiwa rakyat dalam keadaan sedemikian rupa?
Kecekapan dan keprofesionalisma PDRM memang tidak dapat dinafikan. Mereka amat terlatih dan amat cekap. Janganlah kita terpedaya lagi dengan dakyah hasutan jahat Pakatan terhadap PDRM.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...