Rabu, 11 Januari 2012

PECAT MEMECAT DALAM PAS -TUAH ATAU BALA MENANTI UMNO SELANGOR?


"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Secara jujurnya, apakah benar apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman maka segala fitnah tohmahan mega dan persepsi buruk kepada UMNO terhapus dengan sendirinya?

Secara jujurnya, apakah episod pecat memecat di dalam PAS mampu membawa kejayaan besar kepada UMNO Selangor?

Secara jujurnya, apakah kekuatan dan kekebalan Anwar Ibrahim sudah berjaya ditembusi dan dikalahkan?

Secara jujurnya, apakah UMNO sudah dibersihkan dari segala unsur-unsur subversif dan khianat?

Secara jujurnya, apakah sokongan majoriti pengundi protes pada 2008 sudah kembali kepada Barisan Nasional?

Secara jujurnya, apakah pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat sudah menjumpai kembali 'Semangat Keberanian Yang Hilang' atau masih 'tersampuk badi Anwar Ibrahim'?

Secara jujurnya, apakah majoriti dan penyokong tegar UMNO/BN memahami pembebasan Anwar Ibrahim sama seperti yang difahami oleh pemain-pemain catur elitis?

Secara jujurnya, apakah sokongan pengundi Cina Malaysia dan Tamil Malaysia benar-benar kembali kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL?

Silalah anda semua menjawabnya mengikut ukuran kejujuran yang ada di dalam lubuk hati dan lubuk akal masing-masing.

Ingatlah Allah subhanahu-wa-ta'ala telah berfirman di dalam al Quran bahawa kebenaran itu tidak ada di sisi makhluk tetapi ada di sisi Nya. Bagaimana hendak mendapatkan kebenaran dari sisi Nya jika tiada kejujuran walaupun sebesar debu berterbangan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah anda telah tepuk dada tanya iman sendiri? "Yg halal itu jelas & yg haram itu jelas"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...