Rabu, 11 Januari 2012

H20 UCAP TAHNIAH, NAMEWEE KUTOK PDRM RAKYAT KELANTAN BAYAR H20.

 
"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Seperti amalan biasa, hamba amat kurang memuji melangit pemimpin UMNO yang tidak efektif. Tidak ada faedah hendak memuji melangit mana-mana pemimpin politik di Malaysia. Kesemua mereka adalah pemain catur dan bukan pejuang hak kebajikan rakyat. Hishamuddin Hussein (H20) telah mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengawal perusuh 901. Anda boleh membaca ucapannya itu di blog-blog pemuji pemimpin politik di sini keris7Lok

Cuma yang menarik sedikit dalam ucapan itu ialah mengenai SOP (Standard of Operation) yang baru. 3 biji bom jangka telah meletop. Perusuh tetap mengingkari syarat PDRM. Perusuh tetap menyerang 50 orang ahli Perkasa yang berdemo secara aman. Jadi di mana kejayaan SOP baru tersebut?

Shhhhh .. Jangan Bilang Sama Bro Jib I Chatting Kat Sini Yea ...

Jika tiada SOP baru pun pada fikiran hamba PDRM memang cekap dan terlatih sejak dulu. Oleh itu ucapan tahniah oleh H20 hanya bersifat berselindung mahu memuji dirinya sendiri atau lebih tepat pegawai khasnya hendak memuji diri mereka kerana berjaya songlap SOP dari luar negara yang tak berapa efektif. Terus terang hamba katakan PDRM berjaya mengawal keadaan pada 901 bukan kerana SOP yang baru tetapi kerana pengalaman dan kecekapan anggota PDRM sendiri. 

Pada masa yang sama Namewee pula mengutok PDRM melalui terbitan video terbaru sempena sambutan Tahun Baru Cina. Perbuatan Namewee ini amat keterlaluan yang biadap. PDRM telah disimbolkan sebagai 'anjing' oleh namewee melalui watak yang menjelirkan lidahnya memakai unifom Polis. H20. Di kala PDRM berjaya mengawal keadaan dengan baik pada 901 namewee pula menghina dan mengutok PDRM. H20 pula mendiamkan diri sahaja dan tidak mempertahankan PDRM. Lihat klip video di bawah ini. - sumber maklumat 1Peluru blogspot.


Di Kelantan pula rakyat Kelantan terpaksa membayar harga perkhidmatan bekalan H20 yang kotor. (H20 adalah susunan atomik bagi air). Di dalam UMNO pula, rakyat turut terbeban dengan membayar cukai untuk mengekalkan satu lagi H20 yang kurang efektif.

Kita patut bersyukur kerana PDRM Malaysia merupakan sebuah organisasi penguatkuasa yang cekap dan profesional walaupun H20 tidak cekap dan selalu syok sendiri dengan pegawai-pegawai khasnya yang kuat mengipas dan memujinya tinggi melangit pada setiap masa. Kepada H20 masihkah anda ingat Grand Continental Hotel? Jangan marah yea, Hamba sekadar menegur mana yang patut sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...