Rabu, 11 Januari 2012

PASCA 901- PENGANJUR SEKSUALITI MERDEKA NAIK TOCANG !



(Klik di sini) WASHINGTON POST  melapurkan bahawa penganjur seksualiti Merdeka mendapat suntikan semangat baru daripada pembebasan Anwar Ibrahim dari sabitan hukuman kesalahan meliwat suka-sama-suka. Manakala rakan bloger Badut Rakyat cuba mendedahkan mengenai Yuli yang mengaku telah di liwat suka-sama-suka oleh Anwar Ibrahim di Indonesia (namun pada fikiran hamba ianya sudah menjadi terlalu redundant ).

Antara lain The Washington Post melaporkan penganjur seksualiti Merdeka bakal memohon seksyen 377 Kanun Kesiksaan dimansuhkan. Alasan mereka ialah homophobia yang terkandung di dalam seksyen 377 Kanun Kesiksaan tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia dan hak asasi manusia. Mereka akan memperjuangkan yang sama dengan apa yang berlaku di India yakni kesalahan amalan seks luar tabie'  dibenarkan.

Di satu sudut pandang, walaupun rusuhan besar-besaran dapat dielakkan (pada fikiran hamba rusuhan tersebut sengaja diperbesarkan oleh Anwar Ibrahim) tetapi ianya mengundang kecelakaan yang lebih besar. Secara tidak langsung pembebasan Anwar Ibrahim telah membuka pintu kepada kumpulan pengamal seks songsang untuk menghalalkan perbuatan mereka. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemain catur elitis di Putrajaya dan Y.A Hakim semasa menimbangkan sabitan kes Anwar Ibrahim.

Nampaknya sekali lagi piihak kepimpinan UMNO di buli dan diperbodohkan oleh permainan licik pihak-pihak yang mahu melihat kehancuran agama Islam di Malaysia.Jika ini berterusan bermakna Melayu Islam yang mempunyai kesedaran tinggi wajib mengambil langkah-langkah segera untuk membantah tindakan menjijikan daripada penganjur seksualiti Merdeka. Kita tidka mahu nanti acara Seksualiti Merdeka dijadikan acara tahunan gilang gemilang dalam kalendar sambutan di Malaysia apabila Pakatan mengekalkan kekuasaan mereka di Parlimen WPKL dan Selangor.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...