Jumaat, 6 Januari 2012

CONTOH TINDAKAN & KEMATANGAN DI USM P.PINANG,


Malam semalam di USM, pro aspirasi dan beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang berjaya melakukan TINDAKAN. Cubaan untuk melakukan demonstrasi bagi mengutuk kononnya kekejaman polis ke atas perusuh UPSI berjaya dineutralisasikan. Apabila kehadiran mahasiswa hanya sekitar 10 orang ianya bertukar menjadi sesi perbincangan (studi grup).


Kehadiran beberapa orang wartawan dari portal pakatan adalah amat dikesali. Perbuatan salah seorang wartawan portal pembangkang yang cuba menafikan berlakunya provokasi di pihak perusuh UPSI telah berjaya dineutralisasikan oleh Dr Novandri. Sejuta tahniah kepada Dr Novandri yang telah bertindak demikian!

Segala usaha-usaha agen-agen provokator pembangkang berjaya dipatahkan kerana adanya TINDAKAN dari pemimpin UMNO seperti Dr Novandri dan pemimpin mahasiswa yang matang dari pro aspirasi.Inilah tindakan-tindakan yang hamba nyatakan sebelum ini. Tahniah kepada semua yang terlibat!


Pada hari semalam, hamba dimaklumkan oleh beberapa orang otai dan orang kuat UMNO Selangor bahawa mereka akan turun beramai-ramai di pusat bandaraya Kuala Lumpur bagi menyerahkan pamplet dan risalah menyeru orangramai tidak menyertai rusuhan terancang 901.  Tahniah ! Tahniah ! Tahniah! 

Malah beberapa ratus ribu keping risalah dan pamplet telah diedarkan sejak semalam di beberapa buah kompleks membeli-belah dan tempat-tempat tumpuan awam. Ada juga yang telah dimasukkan ke dalam kotak pos setiap rumah kediaman. Bagus!

Di samping itu juga beberapa gabungan ngo telah turut membantu usaha tersebut. Amat membanggakan kerana sambutan komuniti bandar begitu menggalakkan dan rata-rata mereka menyatakan persetujuan untuk tidak menyertai rusuhan terancang 901.

Beberapa siri rapat umum dan ceramah turut diadakan bagi menyeru orangramai agar tidak terlibat dan terpedaya dengan provokasi rusuhan terancang 901. Tahniah!

Siri solat hajat dan majlis tahlil memohon keamanan dan agar perancangan rusuhan terancang 901 turut diadakan di surau-surau dan masjid-masjid. Tahniah!

Semoga segala usaha ini akan membuahkan hasil dan yakinlah bahawa setiap usaha ke arah kebaikan pasti akan menghasilkan kebaikan juga.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

USM berkata...

Proud of my students. For those 30 ppl yg turun nk join tu. Shame on you. We are APEX, we are few steps further ahead of everyone and we do not act stupid like the others. Cherish the moment when you are in USM, Love USM! Because We Lead!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...