Jumaat, 6 Januari 2012

AZHAR IDRUS PUNCA TAKSOB YANG TIDAK BERTEMPAT.


Bloger tukang fitnah mega tersohor pakatan, sozcyili menulis "-
Bagi aku larh kan, aku nak ulang balik apa yang ali abu [admin rosmah mansur] pernah bagitau aku beberapa hari lepas. Benda neh pun anwar ibrahim sebut semalam ketika aku hadir dalam perjumpaan bloggers.

Ahli2 umno neh sebenarnya baik2 belaka. Mereka neh tak salah. Jangan serang ahli2 umno. Yang salah neh pemimpin2 mereka. Makan duit rakyat, songlap, tak amanah dan sebagainya. Kebanyakkan ahli2 umno neh terseret dengan fitnah atas peranan media massa. Jadi tanggungjawab kita ialah terangkan kepada mereka dengan fakta, dengan hujah, bukan dengan maki hamun.

Jadi, sama macam dalam kes di atas neh. Aku tahu ahli2 umno pun tak suka dengan fitnah2 yang dibawakan oleh bloggers umno. Tapi janganlah disebabkan mereka umno maka korang tutup mata pula dengan fitnah2 tersebut. Buktikanlah anggapan ali abu dan anwar ibrahim terhadap korang neh adalah fakta dengan menolak fitnah2 di atas neh. Kali neh mari kita bersatu menolak fitnah.

Minta tolong sesangat pada kawan2 umno agar buka mata, buka ahti, memanglah kita faham tak semua dalam umno itu jahat tetapi yang menguasai umno kini adalah orang jahat. Sebab tue bloggers umno berani buat posting macam neh sebab bos mereka pun menerima budaya2 fitnah neh. Aku tak pasti lah benda neh betul ke tak, tapi dengar citer nama ustaz kini dah naik bukit aman pasal kuliah takde tauliah. Harapnya andai ustaz ditahan kelak, kali neh marilah kita bersatu mempertahankan ustaz youtube kita yang satu neh. Bai.
Marilah kita selidiki samada sozcyili menulis perkara yang benar atau hanya memfitnah sahaja. Beliau sendiri pun memfitnah pemimpin UMNO yang di anggap olehnya sebagai jahat. Di atas dasar apa pun kita tak tahu. Sedangkan kita sendiri tahu bahawa pemimpin Pakatan terlebih jahat manakala ahli dan penyokong Pakatan sendiri terlebih taksob kepada pemimpin mereka sendiri.

Manakala di bawah ini di sebutkan sebagai sejarah perjalanan Azhar Idrus menuntut ilmu. Ternyata di dalam klip video di bawah ini beliau mengakui beliau menuntut ilmu untuk menjadi Tok Guru. Beliau mengakui belajar berdasarkan kaedah sendiri selama 12 tahun. Mengaku bahawa pelajar Malaysia dari Mesir memintanya membuka kitab-kitab muktabbar (tidak diketahui samada beliau ada mempelajari kitab-kitab tersebut dan beliau pun tidak mengesahkan beliau ada belajar kitab-kitab tersebut secara khusus)



Niat yang baik untuk membuka minda dan hati orang muda menyintai ilmu adalah bagus. Namun kita perlu ingat bahawa mengajarkan ilmu dengan cara pendekatan Azhar Idrus mampu menjadi punca kepada ketaksoban melampau. Pada akhirnya, ilmu tiada diperolehi tetapi hanya keseronokan mendengar persembahan Azhar Idrus. Wal hasil balik asal. 

Menyampaikan ilmu dan mengajarkan ilmu ada kaedah dan tertibnya. Jadda Man Jadda itu pengertiannya lebih luas dan mendalam. Kesungguhan belajar ilmu dan memperolehinya berbeza dengan kesungguhan menyampaikan ilmu dan mengajarkannya kembali.

Teguran dan kritikan ke atasnya bukanlah fitnah tetapi adalah nasihat-nasihat berguna kepadanya. Sozcyili dan para bloger tukang fitnah mega Pakatan sendiri pun gagal membezakan antara fakta dan auta. Malah merekalah merupakan penyubur fitnah-fitnah melata di alam siber. 

Kita mintalah agar hati-hati dan minda-minda para bloger Pakatan seperti sozcyili ini menilik terlebih dahulu dalam dirinya sendiri sebelum terlalu pantas menghukum tanpa ada ilmu yang benar.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ust ni orang ganu,dia kalu masuk raje lawak

boleh menang kot.Suke kutuk umno je,tp kalu

salah pas dok kabor pulak.Ada ke patut dia buat

lawak kate ummu mukminin siti khatijah tua rete.

taubat la ust ooi....

Tanpa Nama berkata...

dulu ustaz aku selalu menasihatkan..kalau majlis agama ianya mestilah membawa kita semakin takwa dan dekat dengan allah..tetapi kalau majlis agama membuat kita banyak ketawa apatah lagi membuka aib orang,mencaci maki maka tinggalkanlah..tak ada faedahnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...