Jumaat, 6 Januari 2012

901 : MELARIKAN DIRI DARI PERSOALAN SEBENAR.

Tinju Adalah Sukan Merbahaya Di Mana Jika Pesertanya Mati Akibat Tumbukan, Tiada Jenayah Membunuh Tanpa Niat Dikenakan Ke atas Pelakunya.

Apa yang menarik pun? Kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman 2011 yang sudah berkuatkuasa. Akta Perhimpunan Aman sudah memberikan keizinan agar rusuhan ... maaf .. perhimpunan aman beserta jerit pekik terlolong dibenarkan. Ini hasil pertemuan dengan puak perusuh dengan pihak Bukit Aman yang diberikan kuasa mandat baru agar orang politik boleh melepaskan tangggungjawab mereka jika berlaku huru-hara. 


Para perusuh dibenarkan 'berhimpun secara aman' (mengikut cara kebiasaan mereka) di kawasan tempat letak kereta kompleks Mahkamah Jalan Duta. Di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 tidak menyatakan dengan jelas bilakah taraf 'perhimpunan aman' bertukar menjadi 'perhimpunan tidak aman' lagi. 

Justeru itu kita bakal menyaksikan juga pertempuran antara perusuh 'perhimpunan aman' dengan polis yang menjaga keamanan mengikut arahan dari Bukit Aman di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita pasti bahawa orang politik juga mendapat keuntungan dari suasana 'aman' ini nanti.

Agak memalukan. Setelah beberapa tokoh masyarakat dan agamawan memberikan fatwa bahawa rusuhan 901 adalah haram ianya tidak digunakan sebagai panduan. Akta Perhimpunan Aman 2011 menyatakan sebaliknya. Nampaknya takrifan 'Perhimpunan Aman' ditakrifkan mengikut selera dan kehendak para sosialis dan revolusioner di Malaysia. Manakala pihak polis 'terpaksa' akur dengan kehendak selera orang politik.

Kasihan pihak polis yang sentiasa di tindas oleh kezaliman kehendak orang politik, pihak sosialis dan pihak revolusioner. Kita bakal dimomokkan dengan cerita-cerita dan dongengan mengenai kezaliman polis dan tidak berperikemanusiaan apabila polis bertindak mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011. 


Akhirnya pihak polis menguatkuasakan sebuah Akta Parlimen yang diluluskan oleh orang politik yang enggan memikul tanggungjawab. Eloklah selepas ini kita benarkan pula pihak polis bertanding menjadi pengubal undang-undang negara. Kadangkala perkara-perkara seperti ini membuatkan kita terfikir apakah perlunya Akta Pehimpunan Aman 2011 jika perusuh dibenarkan merusuh. Manakala orang politik melepaskan tanggungjawab kepada pihak polis? Apa gunanya memberikan 'kebebasan' kepada pihak perusuh, anasir subversif, puak sosialis dan puak revolusioner jika mereka sendiri pun menerima Teori Dialektika?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, saya tak jumpa emel tuan. Mohon emelkan kepada dinturtle@hotmail.com ya

Tanpa Nama berkata...

MALANG SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA MENDAPAT MENTERI DALAM NEGERI BAPOK DAN KPN LEMBIK. KPN DAH BERI AMARAN KEPADA ABANG FRU SUPAYA TIDAK BERTINDAK KASAR TERHADAP PENUNJUK PERASAAN 901 NANTI........KALAU AKU JADI ANGGOTA FRU AKU AKAN BUAT TAK NAMPAK AJE APA YANG PENUNJUK PERASAAN TU LAKUKAN SEBAB TAKUT2 KALAU TERLANGGAR/TERSENTUH SEDIKIT PUAK TU KITA PULAK NAK JAWAB DENGAN BOS KPN YANG LEMBIK TU..MALANGNYA...!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang la LEMBIK bila dah TERPANCHOT !

Apa la bodonya korang ni !

Aku gerenti pasti ada rusuhan sebab :-

1. Himpunan manusia2 yang nak tunjok sokongan tuh akan generate heat / energi satu alor dan pemusatan kolektif.

2. Energy tersebut akan di 'step-up' (macham dalam konsep kejuruteraan elektrik) boleh menjadi tidak terkawal oleh satu sumber energi dari DIMENSI lain yang jelas dinyatakan oleh Nabi s.a.w.

3.Akan terdapat satu tiupan (baca :SURUHAN) ghaib dari makluq terlaknat no. 1 yakni IBLIS laknatullah dan koncho-koncho.

4. Ramai dikalangan anggota himpunan akan hilang pertimbangan rasional dan aspek histerical mula meningkat dan kian meningkat sehingga tidak terkawal.

5. Dipihak anggota pula, wujud energy/heat bertentangan. Terdapat tiupan yang sama dengan MESSAGE bertentangan disertai rasa gerun dan khuathir sama ada dapat mengawal keadaan. Ini disokong oleh pandangan Mamat Zahid Hamidi nak mobilize Army sekiranya perlu.

Pada waktu yang sama hilang bertimbangan dan ditiup rasa yakin bahawa sedikit herdikan, kekerasan boleh mengawal keadaan, MALANGNYA ini hanyalah ILUSI.

6. Akhirnya medan tenaga yang bertentangan merempuh satu sama lain dan jadilah seperti yang Allah swt peringatkan ...kehanchoran kepada yang qaum2 yang BERTELAGAH.

- Pandangan gua : Denagn membenarkan himponan itu, Menteri KDN, Ketua Polis bahkan PM Najib sudah pon dipesongkan lebih awal oleh sumber TENAGA dari DIMENSI ghaib yang lichik dan strategik itu. Satu keputusan yang sebenarnya (sechara tidak sengaja) menginginkan pertembungan itu.

- Tunggu dan TERIMA sajalah kesannya. Mungkin ada yang KOJOL nanti.

- Nampaknya : Semua Menteri Melayu, Ketua Penjawat Awam Melayu dan Ahli Himpunan Melayu telah pon membuang jatidiri MELAYU yang ALLAH swt kurniakan iaitu berlapang DADA dan PANJANG 'AQAL.

- MAMPOS la LU ORANG SEMUANYA...LUPA KEROAN !

Aku : budak jalanan - otak lembab dan 'aqal pun kurang !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...